Singapura Ketatkan Undang-undang Anti-Vape, Pesalah Boleh Kena Denda Lebih RM30,000

Tambah ke Sumber Pilihan
Singapura Ketatkan Undang-undang Anti-Vape, Pesalah Boleh Kena Denda Lebih RM30,000

Kerajaan Singapura meluluskan pindaan undang-undang yang lebih tegas terhadap penggunaan rokok elektronik atau vape dengan hukuman lebih berat kepada pengguna, penjual serta penyeludup peranti berkenaan, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Mei 2026.

Melalui pindaan Rang Undang-Undang Tembakau (Kawalan Iklan dan Jualan) (Pindaan) dan Perkara Lain, Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Jualan) 1993 akan dinamakan semula sebagai Akta Kawalan Tembakau dan Pengewap 1993.


Langkah itu bertujuan memperkukuh penguatkuasaan terhadap penggunaan vape serta produk baharu seperti KPod yang dilaporkan mengandungi bahan anestetik dikenali sebagai etomidate.

Screenshot 2026 03 07 At 12.22.27 Pm

Artikel berkaitan: Penjara 2 Tahun, Denda RM3,000 Menanti Individu Hisap Vape Di Pahang

Artikel berkaitan: Gara-gara Promosikan Vape Dalam Podcast, Shuib Didenda RM 10,000

Di bawah undang-undang baharu itu, individu yang didapati menggunakan vape boleh dikenakan denda sehingga S$10,000 (kira-kira RM30,800), meningkat ketara berbanding denda maksimum S$2,000 sebelum ini.

Penjual vape pula boleh dikenakan denda sehingga S$200,000 (sekitar RM616,000) dan berdepan hukuman penjara sehingga enam tahun.

Bagi kesalahan mengimport atau menyeludup vape, pesalah boleh dikenakan hukuman lebih berat termasuk penjara mandatori sehingga sembilan tahun serta denda maksimum S$300,000 (kira-kira RM924,000).

Individu dewasa yang melibatkan golongan muda atau individu rentan dalam kegiatan penyeludupan atau pembekalan KPod pula boleh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta 15 sebatan.

Screenshot 2026 03 07 At 12.21.44 Pm

Undang-undang tersebut turut mewajibkan premis hiburan seperti kelab malam dan bar untuk memastikan pelanggan tidak menggunakan vape di dalam premis.

Selain itu, individu yang memasuki Singapura dengan kenderaan dan didapati memiliki vape tidak lagi boleh menggunakan alasan tidak mengetahui kewujudan peranti tersebut bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

Sumber: Astro Awani

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Singapura Ketatkan Undang-undang Anti-Vape, Pesalah Boleh Kena Denda Lebih RM30,000
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/singapura-ketatkan-undang-undang-anti-vape-pesalah-boleh-kena-denda-lebih-rm30000/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM