in

“Faris cuma nak cakap, Faris rindu abah sangat-sangat”- Remaja Tak Sangka Surat Terakhir Abah Merupakan Satu Petanda…..

Featured Combine

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rabu lalu viral di laman media sosial gambar yang menunjukkan kemesraan dan keakraban hubungan bapa dan anak.



Enam siri gambar yang dikongsikan Muhammad Faris Izwan Abdullah, 18 tahun di instagramnya iaitu kepengsss memaparkan aksi dan ‘caption’ yang sweet diantara anak beranak itu.

Combine Featured

Namun jika di amati gambar tersebut satu persatu pasti akan terdetik kesedihan dan mengundang sebak membaca luahan hati remaja tersebut yang nyata merindui arwah ayahnya yang telah dijemput ilahi setahun yang lalu akibat sakit jantung..innalillah hi wainna ilaihirajiun

“Harini sedar tak sedar dah setahun Abah tinggalkan aku dan adik beradik aku yang lain. Abah merupakan ayah yang baik and sangat chill.”

“pada usia aku 6 tahun ayah aku dh bersara dari kerja pos office. so ayah aku takde duit. dulu dia selalu bawak aku gi jom heboh naik EX5 dia, tapi dia dapat belanja aku keropok lekor dan air je. kalau aku mintak mainan memang dia tak dapat nk belikan.”

“Tapi walaupun dia tak berduit. kalau dia nampak orang susah dia akan tolong jugak.. Abah banyak ajar aku supaya tolong org susah.”

Faris Abah 9
Sumber : instagram

Malah dia berkongsi kisah waktu kantoi hisap ‘vape’ dalam bilik, ingatkan abah nak marah rupa-rupanya lain pulak yang jadi…..

sekali tu aku pernah kantoi dengan dia aku hisap vape. aku tengah syok2 buat “O” dalam bilik, sekali dia masuk!. aku terus sorok vape, tapi asap tak dapat nk sorok ma. Tapi yang lawak nya malam tu sebelum aku tido dia masuk bilik aku pastu bisik kat telingga aku “faris abah nk rasa sikit vape” Hahahahahahaha abah dh hisap suria, suria jela.”

Faris mengakui dia seorang yang nakal, namun arwah ayahnya banyak bersabar dan melayan kerenah anak lelakinya itu meskipun Faris banyak kali memalukan ayahnya setiap kali mengambil keputusan peperiksaan di sekolah.

“Abah aku ni memang chill dan sporting gila. dia tak pernah marah aku walaupun aku ponteng sekolah. ada sekali tu aku tak sihat, so abah hantar aku gi sekolah. masa kat atas motor aku cakap “abah hantar faris kat CC ah bah, malas ah nk gi sekolah” Ayah aku pun terus hantar aku gi cc. pastu dia cakap “main game betul2 Faris!” hahahahahahaha.”\

“dulu masa ayah aku gi amik report card mesti aku dapat no last dalam kelas.. Tapi ayah aku tak pukul aku pun.”

Katanya disebabkan dia rasa bersalah pada ayahnya dan nak buktikan pada abahnya yang dia bukannya ‘bodoh’, Faris berjanji untuk mendapatkan 6A pada SPM.

“So aku nk buat dia bangga dengan spm aku!. aku belajar la betul2 walaupun last minit!. Aku cakap gan abah, aku target 6A. ayah aku gelak..dia cakap “haritu pun nk kena buang sekolah dah sebab dapat amaran ke3 tak datang sekolah, nasib abah tolong ayat cikgu. lek je faris kalau fail keje la pengutip sampah”. dia tak percaya aku boleh dapat 6A.”

Malah lapor mstar, sewaktu anak bongsu daripada enam beradik itu sedang menduduki SPM, ayahnya menampal satu surat di dinding berdekatan meja study miliknya.

Surat Abah Untuk Faris 2
Sumber : mstar

“Walaupun abah seorang yang penyayang, tapi dia susah nak tunjuk dengan kata-kata. Tapi masa saya tengah ambil SPM, dia bagi saya surat memberi kata-kata semangat.

“Abah nasihat saya supaya belajar rajin-rajin dan mencontohi abang dan kakak saya yang lain, yang dah berjaya ada pendidikan tinggi dan kerjaya masing-masing,”

Muhammad Faris yang kini menyambung pengajian dalam Diploma Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, dia terasa sedikit ralat dan kecewa kerana lelaki kesayangannya itu tak sempat melihat keputusan peperiksaan apabila dijemput ilahi seminggu selepas peperiksaan SPM.

Faris Abah 8

“Alhamdulillah aku berjaya dapat 6A.. tapi aku tak sempat nk tunjuk result kat abah.. seminggu lepas aku jawab spm, abah dah meninggal.”

“Tapi, saya reda dengan pemergian Abah. Tak sangka kejutan yang saya dapat masa SPM adalah surat pertama dan juga terakhir daripada Abah. Saya akan simpan surat ni sampai bila-bila kerana inilah kenangan terakhir saya bersama Abah.

“Abah… anak Abah kini dah masuk universiti. Faris akan pegang nasihat Abah untuk belajar rajin-rajin dan berjaya suatu hari nanti,” katanya, sambil menambah bercita-cita untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Semoga Faris teruskan perjuangan hidup dan jangan mudah mengalah..life must go on!

Baca : Kesian Mak Ayah Sibuk Dengan ICERD Sampai Tak Reti Jaga Anak- Netizen

Anak 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.