in

“Sandwich ni ramai suka” – Lelaki 52 Tahun Letak Kotak Rokok Celah Roti, Cuba Seludup Masuk Singapura

Sandwich Rokok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki berusia 52 tahun dari Malaysia telah ditahan ketika cuba menyeludup rokok masuk ke Singapura. Menurut WOB, kejadian itu berlaku pada 8 Disember lepas di mana dia telah menyeludup sebanyak 32 kotak rokok.


Namun, cubaannya gagal selepas pegawai kastam di Woodlands Checkpoint mengesyaki sesuatu ketika dia tiba di Balai Ketibaan Bas. Menurut laporan, lelaki tu nampak mencurigakan dan selepas pemeriksaan dilakukan pegawai kastam menjumpai 4 buku roti Gardenia.

Seludup1
sumber: facebook

Nampak seperti normal, tetapi selepas diperiksa dengan lebih terperinci rupa-rupanya lelaki tersebut cuba seludup rokok tanpa duti dengan meletakkan kotak di celahan roti.

Seludup2
sumber: facebook

Dia kemudian diserahkan kepada Kastam Singapura untuk tindakan lanjut. Menurut pegawai terbabit, cara penyeludupan ini membimbangkan kerana mungkin akan diguna pakai oleh orang lain yang mempunyai niat untuk seludup barang masuk ke Singapura.

Kami (Kastam) akan terus menerus melakukan pemeriksaan keselamatan terhadap penumpang dan kenderaan untuk memastikan keselamatan Singapura.”

Sandwich rokok, anyone?

Baca: “Nsb baik, klu kat sini mmg ke tali gantung” – Pramugara Malaysia Dipenjara 5 Tahun Kerana Seludup Heroin Ke Melbourne

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.