in

“Nsb baik, klu kat sini mmg ke tali gantung” – Pramugara Malaysia Dipenjara 5 Tahun Kerana Seludup Heroin Ke Melbourne

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kena penjara, memang seksalah walaupun setahun kan? Tapi, dia ni memang kena bersyukurlah sebab terlepas dari tali gantung.


Menurut NST, seorang pramugara, Fariq Aqbal Omar yang ditahan kerana cuba seludup heroin seberat 3.5kg ke Melbourne, Australia pada May tahun lepas telah pun dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun 6 bulan. Tapi, kalau dia berkelakuan baik, dia boleh keluar awal. Nikmat apa yang kau nak dustakan lagi?

Flight Attendant Jailed For Smuggling Heroin Into Melbourne Concealed Under His Uniform 209437

Kalau korang nak tahu, Fariq membawa dadah ini dalam penerbangan dari KL ke Melbourne pada May 2018 untuk bekas rakan sekerja dan seorang lelaki lain kerana dorang janji nak beri upah sebanyak AUD500 (RM1476). Weh seriouslah sanggup gadaikan nyawa sebab duit banyak tu je?!

Nak dijadikan cerita, masa dekat Melbourne Airport, CCTV merakamkan Fariq berjalan dengan poket seluar dan vest yang penuh dengan 10 bungkusan berbalut dadah jenis heroin tulen.

Dia kemudiannya meletakkan dadah ini ke dalam beg bajunya di tandas lapangan terbang sebelum meninggalkan terminal itu dengan menaiki bas bersama kru kabin yang lain.

Namun, belum sempat bas nak gerak, pegawai kastam Australia suruh semua kru kabin ni pergi semula ke kawasan bagasi bersama barang mereka.

Kerana takut pegawai kastam lihat dadah di dalam beg bajunya, Fariq keluarkan semula dadah tersebut dan cuba letak di dalam poket seluar sebelum dia ditangkap. Pramugara ini memberitahu pihak polis yang bungkusan tersebut mengandungi tembakau terlarang atau shisha.

Screenshot 2019 04 13 At 2.22.29 Am

Semasa perbicaraan kes Fariq ini, Hakim Wendy Wilmoth berkata, dia sendiri tak faham macam mana Fariq boleh terpedaya untuk terlibat dalam aktiviti berisiko tinggi dengan upah yang sangat sikit. Memang tak berbaloi kot?

Mahkamah juga diberitahu yang Fariq mempunyai seorang isteri dan dua anak di Malaysia dan perwatakannya sangat profesional dan disenangi orang.

“Tindakan anda ini memudaratkan diri anda sendiri. Ini adalah sesuatu perkara yang anda sepatutnya fikir dulu sebelum melakukannya.”

Isteri Fariq telah terbang ke Melbourne untuk pendengaran kes dan semasa hukuman dijatuhkan, tapi sepanjang Fariq berada di penjara, isterinya ini mungkin tak dapat datang melawat kerana tak mampu. Kesiannyaaa

Peguam Fariq, Thomas Matthew berkata, anak guamnya ini sangat menyesal dan mengaku kesalahannya. Dia juga berkata, hukuman yang dikenakan kepada Fariq adalah hukuman yang sangat ringan untuk kesalahan seperti ini.

“Anak guam kami telah digunakan sepenuhnya sebagai keldai dadah dengan bayaran sangat sedikit, dia tak tahu tentang operasi sindiket ini dan kesalahan ini sendiri dilakukan dengan cara yang sangat tak cekap dan tak profesional.

“Disebabkan penglibatannya dalam sindiket ini sangat terhad dan pengetahuannya tentang operasi ini sangat sedikit, anak guam kami telah diberikan hukuman yang sangat ringan untuk kesalahan jenayah seperti ini.

“Mahkamah telah mengambil kira karakter peribadi anak guam saya dan dia tak pernah membuat apa-apa kesalahan lain di mana-mana negara sebelum ini serta kesusahan yang perlu dilalui oleh keluarganya. Selain itu, Fariq juga sentiasa memberikan kerjasama dan jujur sejak dari awal penangkapannya.”

Nasib baiklah mahkamah bertimbang rasa dengan Fariq ni. Admin doakan urusan keluarga Fariq dipermudahkan dan mereka diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Moga kes ini dapat dijadikan ikhtibar pada kita semua supaya sentiasa berhati-hati dalam memilih kawan dan membuat keputusan.

 

Baca: “Bayangkan kalau betul itu DADAH” Tengah Sibuk Check In Flight, Wanita Terkejut Jumpa Bungkusan Tuala Wanita Mencurigakan Dalam Beg!

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.