in

Malaysia Nak Stop Jual Rokok Pada Mereka Yang Lahir Selepas 2005, Ini Yang Korang Perlu Tahu

Kj Who Haram Tembakau

Baru-baru ini kerajaan Malaysia membuat perancangan untuk mengharamkan penjualan sebarang jenis bahan berasaskan tembakau kepada individu yang lahir selepas tahun 2005 sebagai usaha untuk mengekang tabiat buruk ini kepada generasi yang akan datang.

Bahasa mudahnya, sesiapa yang berusia 17 tahun hari ini, memasuki tahun hadapan tidak lagi dibenarkan untuk membeli rokok apabila berusia 18 tahun (had umur untuk membeli rokok secara sah) nanti.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada mesyuarat lembaga eksekutif Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) di Geneva baru-baru ini.

Whatsapp Image 2021 09 09 At 6.56.14 Pm 720

Seperti beberapa negara WPRO (Pasifik Barat) yang lain,kami berharap untuk meluluskan undang-undang pada tahun ini yang, jika berjaya, akan membawa satu generasi akhir untuk merokok dengan menjadikannya haram untuk penjualan tembakau dan produk merokok lain kepada sesiapa yang dilahirkan selepas 2005

Jumlah rakyat Malaysia yang menghidapi penyakit seperti jangkitan paru-paru dan lain-lain yang disebabkan oleh asap rokok atau jerebu telah meningkat dari semasa ke semasa.

 

Nasib perokok dewasa sedia ada? 

Untuk mereka yang tidak tergolong dalam lingkungan umur tersebut undang-undang tersebut tak terpakai, difahamkan korang masih boleh membeli macam biasa.

Tetapi dalam masa yang sama, korang dah boleh perlahan-lahan untuk cari alternatif seperti yang disarankan oleh portal MyHealth atau beralih untuk menggunakan bahan atau cara pengambilan yang dikatakan mengurangkan risiko akibat pengambilan tembakau.

Menurut pakar, pendekatan ‘pengurangan kemudaratan’ atau harm reduction memainkan peranan yang sangat penting bagi mengurangkan impak negatif dalam perkara seperti merokok, penyalahgunaan dadah, keselamatan jalan raya dan juga pemakanan.

Japan No Smoking

“Negara-negara seperti Jepun telah melihat kejayaan dalam pengurangan kemudaratan tembakau dan dalam tempoh empat tahun yang lalu, jualan rokok tradisional berkurangan sebanyak 34%”

Sebagai contoh, penggunaan alternatif boleh digunakan sekiranya perokok tidak dapat atau bersedia untuk berhenti merokok.

Menurut satu kajian pakar yang diterbitkan dalam Pangkalan Data Ulasan Sistematik Cochrane di United Kingdom, para penyelidik mendapati bahawa mereka yang beralih kepada alternatif bebas asap rokok kurang terdedah kepada beberapa bahan berbahaya yang dikaitkan dengan kanser, penyakit jantung dan masalah pernafasan.

Perlu korang tahu punca lain yang menyebabkan rokok itu berbahaya ialah asap dari proses pembakaran yang bersuhu tinggi. Korang boleh tengok kesan atau kajian-kajian terkini tentang saranan atau masa depan tanpa pembakaran rokok contohnya, e-rokok (vape) and produk tembakau yang dipanaskan (heated tobacco product, HTP) disini.

Sumber: Twitter
Sumber: Kyodo News