in

“Brazil pun kena pintas” – Malaysia Negara Terbesar Dunia Bagi Pasaran Rokok Seludup

Bb 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi perbualan hangat di media global apabila Malaysia diumumkan sebagai negara terbesar di dunia bagi pasaran rokok seludup. Biar betul!?


Berita yang kurang baik ini dilaporkan oleh sebuah firma peneraju kajian strategik pasaran Euromonitor International menerusi Forum NST175 Insight bertema Pasaran Rokok Seludup: Pandangan Multinasional.

B 2 9

Dalam sesi forum tersebut, Ketua Kanan Penyelidikan Tembakau di Euromonitor International, Shane MacGuill berkata, rokok tidak sah di Malaysia adalah hampir 65 peratus atau dua per tiga daripada keseluruhan pasaran pada 2019.

“Tidak ada pasaran lain yang dapat menyaingi atau menghampiri Malaysia, kerana pasaran rokok seludup terbesar seterusnya ialah Brazil yang kami anggarkan kira-kira 50 peratus daripada pasaran,”

Tambah beliau, daripada ratusan pasaran rokok seludup diteliti di seluruh dunia, hanya 10 pasaran memiliki tahap perdagangan rokok seludup melebihi 30 peratus. Daripada 10 pasaran ini, Malaysia tertinggi dan kelapan terbesar di dunia dari segi jumlah rokok seludup.

B2 1 7

 

Penyeludupan rokok boleh menjadi punca kepada jenayah lain

David Luna, bekas Diplomat AS selaku panel dalam forum yang sama juga menganggap isu penyeludukan rokok ini mampu menyebabkan bahaya besar kepada ekonomi negara. Lebih-lebih lagi apabila ia mula bercantum dengan jenayah lain.

“Pasaran rokok seludup bukan sahaja menyebabkan kerajaan kehilangan hasil yang tinggi. Malah ia boleh membawa kepada jenayah seperti penyeludupan manusia, narkotik atau hidupan liar, yang juga dilakukan oleh kumpulan jenayah terancang.”

B1 11

 

Perokok pilih rokok seludup selepas kenaikan cukai

Melihat dari aspek penguatkuasaan, tidak dapat dinafikan pihak berkuasa Malaysia sememangnya berkebolehan untuk menangkap pesalah kemuka pengadilan. Namun, yang menjadi masalah utama adalah rantaian harga rokok di pasaran.

Panel kedua, Pankaj Kumar, kolumnis akhbar berpengaruh yang juga penganalisis ekonomi berkata soal mampu milik adalah satu isu selepas kerajaan menaikkan duti eksais dengan begitu tinggi pada 2015, harga rokok sah meningkat 40 peratus kepada 42 peratus.

“Kelompok perokok pada hari ini antara yang berpendapatan rendah. Jadi jika mereka merokok rokok sah pada purata 20 kotak sebulan, ia antara 15 peratus hingga 16 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan mereka. Kos itu tinggi dan alternatif lebih murah tersedia ada,”

Sumber: Harian Metro

 

Baca: Pramugari Malaysia Seludup Dadah Ke Melbourne, Buat Demi Kos Rawatan Anak

B3 5

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.