in

“Sampai hati” – Ahli Keluarga Tinggalkan Warga Emas Di Surau Lepas Ajak Keluar Rumah Untuk Solat Jemaah

Feature 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah warga emas yang diabaikan oleh keluarga bukanlah sesuatu yang asing. Tak kisah lah di mana-mana tempat sekali pun, mesti akan berlaku perkara macam ni.


Kali ini, kisah seorang pakcik yang ditinggalkan oleh ahli keluarganya ini boleh menyebabkan korang mengalirkan air mata.

Menurut Sinar Harian, seorang lelaki warga emas telah ditinggalkan di sebuah surau di Klang, Selangor lepas dia dikatakan diajak oleh ahli keluarganya untuk menunaikan solat jemaah. Sedih admin baca kisah ni. 

Warga Emas 3

Menurut Facebook Lembaga Zakat Selangor, pihak zakat telah menerima laporan tentang pakcik tersebut yang tidur di situ.

Warga Emas 2

Yang sedihnya lagi, pihak Lembaga Zakat Selangor menemui pakcik tu dalam keadaan letih, sakit kaki dan kelaparan. Kaki dia pun nampak macam agak bengkak. 

Difahamkan, pakcik tersebut tidak mempunyai anak dan belum pernah berkahwin. Dia juga sebelum ini telah dijaga oleh anak saudaranya.

Namun, disebabkan keadaan yang tidak menentu akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kesihatan warga emas tersebut yang semakin tidak sihat, keluarganya dikatakan meninggalkannya di situ sendirian.

Peringkat awal beliau tidak menjangkakan beliau akan diperlakukan sedemikian. Pujukan ahli keluarganya mengajak beliau ke surau tersebut untuk berjemaah, rupanya adalah perancangan untuk meninggalkan beliau di surau berkenaan.

Warga Emas 4 1 1

Keluarganya juga telah menyediakan pakaian di dalam beg pakcik tersebut. Setelah dipujuk, pakcik tu setuju untuk tinggal di sebuah rumah kebajikan yang terletak di Dengkil. Kos rawatan dan penjagaan warga emas itu juga akan ditanggung oleh Lembaga Zakat Selangor.

Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk pakcik ni. 

Baca: Warga Emas Tampal Iklan Cari Keluarga Angkat Kerana Tak Sanggup Mati Keseorangan di Rumah Orang Tua

Warga Emas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.