in

Warga Emas Tampal Iklan Cari Keluarga Angkat Kerana Tak Sanggup Mati Keseorangan di Rumah Orang Tua

Granpa2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Warga Emas Tampal Iklan Cari Keluarga Angkat Kerana Tak Sanggup Mati Keseorangan di Rumah Orang Tua
Loading
/

Banyak kita dengar kisah ibu bapa ditinggalkan anak-anak kandung sendiri tidak kiralah di rumah kebajikan orang tua mahupun di tepi jalan. Inilah yang berlaku kepada seorang warga emas di China yang hidup berseorangan kerana ditinggalkan anak-anak.

Menurut Nextshark, seorang warga emas di Tianjin, Utara China telah menampal iklan di serata kawasan bandar untuk mencari sebuah keluarga angkat ‘penyayang’ yang sudi menerimanya sebagai salah seorang ahli keluarga.


Atuk1
sumber: nextshark

Warga emas dikenali sebagai Han itu mendakwa bertindak menampal iklan-iklan berkenaan kerana dia tidak sanggup mati keseorangan di rumah kebajikan orang tua. Dalam kertas iklan bertulis tangan yang ditampal di serata bandar, warga emas itu menyatakan bahawa dia seorang yang kuat dan masih sihat, boleh memasak, membeli serta pandai menjaga dirinya sendiri.

Selain itu, Han yang berusia 85 tahun juga memaklumkan bahawa dia tidak menghidap sebarang penyakit kronik. Han yang pernah bekerja di sebuah institusi kajian saintifik turut memberitahu bahawa dia menerima wang pencen sebanyak 6000 yuan (bersamaan RM3700) setiap bulan.

Atuk2
sumber: nextshark

Warga emas tersebut mendakwa telah hidup berseorangan semenjak tahun 1984, iaitu lebih 30 tahun yang lalu. Han dikurniakan dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya, namun mereka berdua tidak tinggal bersama-sama dengannya.

Salah seorang anak Han telah berhijrah ke Kanada pada tahun 2003 dan seorang lagi bekerja di sebuah hospital tempatan tetapi sangat jarang menjenguknya. Anak lelaki Han yang berhijrah ke Kanada itu bukan sahaja tidak pulang menjenguk keadaan bapanya malah menyokong pula tindakan Han mencari keluarga angkat.

Atuk3
sumber: nextshark

Difahamkan, Han memutuskan untuk mengiklankan dirinya mencari keluarga angkat selepas mendengar kisah yang serupa beberapa tahun yang lalu. Han telah menerima panggilan yang tidak putus-putus setelah mengiklankan dirinya, namun belum ada satu keluarga pun yang sudi membawanya pulang ke rumah mereka.

Han nekad tidak mahu tinggal di rumah kebajikan orang tua kerana mendakwa mereka hanya berminat dengan duit pencennya dan tidak menggemari makanan yang dihidangkan di tempat itu.

Atuk5
sumber: nextshark

“Terdesak sangat ke keluarga dia sampai kena letak iklan macam tu? Semoga warga emas ni jumpa keluarga yang baik dan semoga anak-anak dia insaf!” kata seorang netizen.

“Saya tak akan biarkan ibu bapa saya berada dalam situasi macam ni,” tambah seorang lagi.

Setelah kisah Han tersebar, ramai netizen menyalahkan ahli keluarga warga emas itu kerana membiarkan sahaja apa yang berlaku. Ada juga yang percaya bahawa perkara sebegini mungkin akan menjadi semakin biasa di masa akan datang.

Atuk6
sumber: nextshark

Semoga atuk ni cepat-cepat jumpa keluarga berhati mulia yang sudi menerimanya. Ada ke patut anak sendiri sokong bapa dia cari keluarga lain.

Tonton video di bawah:

Sumber: Nextshark

Baca: Lelaki Tinggal Ibunya di Pusat Jagaan Warga Tua Sejak 2001, Langsung Tidak Melawat Selama 16 Tahun

Wargaemas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.