in

“Apa khabar, baik-baik…” – Barack Obama ‘Speaking Indo’ Dengan IShowSpeed Buat Ramai Terhibur

Syaz Ft 77

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suasana menjadi kecoh apabila YouTuber terkenal dunia, IShowSpeed, terkejut besar mendengar bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, secara santai bertutur dalam Bahasa Indonesia ketika panggilan video mereka.

Menerusi rakaman video tersebut, IShowSpeed kelihatan teruja apabila Obama tiba-tiba menyapa dengan ucapan khabar dalam bahasa ibunda serantau itu dengan sebutan yang cukup jelas.


Artikel berkaitan: “Selamatkan saya dari ‘bencana&’ ini” – IShowSpeed Rayu Lamine Yamal Tewaskan Messi Di ‘Final’ Piala Dunia

Artikel berkaitan: “Terima kasih atas segalanya” – iShowSpeed Menangis Teresak-esak, Perjalanan Ronaldo Di Piala Dunia Berakhir

 

View on Threads

 

“Uh, apa kabar? Ah, baik-baik,” sapa Obama secara bersahaja.

Merasakan momen itu terlalu berharga, IShowSpeed turut meminta kebenaran untuk menayangkan rakaman tersebut pada keesokan harinya, di mana Obama memberikan lampu hijau dengan santai sebelum beredar kerana mempunyai mesyuarat lain.

Selesai panggilan tersebut, IShowSpeed kelihatan hilang kata-kata, hampir menjerit kegembiraan, malah meluahkan rasa tidak percaya kerana berjaya merakamkan detik bersejarah bersama Presiden Amerika Syarikat ke-44 itu dalam saluran YouTube miliknya.

“Yo bro, what just happened, bro? Apa yang baru berlaku? Aku baru je cakap dengan Barack Obama, 44th president speak Bahasa Indonesia!” ujarnya penuh teruja sebelum melompat kegembiraan.

Perkongsian video berkenaan dengan cepat menarik perhatian warganet di media sosial yang turut terhibur dan kagum dengan sisi santai Barack Obama yang mesra berinteraksi bersama IShowSpeed.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.