Penceramah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar dilaporkan kini berada dalam keadaan stabil selepas terlibat dalam satu kejadian kemalangan pada jam 2.40 pagi tadi.
Menerusi satu hantaran makluman rasmi yang dimuat naik di laman media sosial rasmi beliau, pihak pengurusan memaklumkan bahawa Ustaz Wadi Annuar hanya mengalami kecederaan ringan.
Artikel berkaitan: “Tutup rambut sahaja tak cukup” – Ustaz Wadi Annuar Tegur Pemakaian Hijab, Perlu Ikut Syarak
Artikel berkaitan: Tertipu Dengan Iklan AI, Nenek Tua Dari Perlis Datang Nak Beli Ubat Mata Dengan Ustaz Wadi Annuar
Menerusi kenyataan tersebut, pihak pengurusan turut memohon kerjasama dan jasa baik daripada semua pihak agar memberikan ruang secukupnya kepada Ustaz Wadi Annuar untuk berehat.
Buat sementara waktu, beliau juga dilaporkan masih belum dapat menerima sebarang kunjungan ziarah daripada orang ramai.
View on Threads
“Makluman rasmi keadaan terkini Ustaz Wadi Annuar. Kami memohon jasa baik semua agar memberi ruang kepada beliau untuk berehat. Buat sementara waktu, beliau belum menerima kunjungan ziarah,” petik kenyataan itu.
“Terima kasih atas doa dan keprihatinan semua. Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan serta mempermudah segala urusan beliau dan semua yang terlibat. Amin,” tambah kenyataan itu lagi.
Rata-rata netizen dan pengikut di media sosial membanjiri ruangan komen dengan mendoakan agar penceramah berkenaan diberikan kesembuhan berpanjangan dan dipertahankan keselamatan beliau.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media sosialnya turut mendoakan agar pendakwah terkenal itu sembuh seperti sedia kala.
View this post on Instagram
Sumber: Threads
