“Sampai berbekas, ada kesan gigi” – [VIDEO] Suami Perit Tahan Sakit, Isteri Hamil 7 Bulan Mengidam Gigit Jari

Tambah ke Sumber Pilihan
“Sampai berbekas, ada kesan gigi” – [VIDEO] Suami Perit Tahan Sakit, Isteri Hamil 7 Bulan Mengidam Gigit Jari

Biasalah wanita yang mengandung mesti ada mengidam. Tapi, ada juga sesetengah yang mengidam pelik-pelik dan macam tak tercapai dek akal memikirkannya. Macam sebelum ni ada viral seorang wanita mengidam nak naik UFO (seperti diceritakan suaminya lah).

Ada juga yang teringin air milo dari lori dan ada yang mengidam masakan Khairul Aming yang dimasak oleh tuan badan sendiri.  Selain makanan, memang wanita mengandung akan mengidam benda lain juga.


Macam seorang wanita dari Indonesia ini yang mengidam sesuatu yang tak pernah admin dengar sebelum ni. Melalui TikTok, @areularel ada berkongsi sebuah video menunjukkan betapa peliknya apa yang isterinya idamkan ketika mengandung.

Menurut Arel, isterinya itu mengidam untuk mengigit jarinya dan melalui video tersebut, wajahnya boleh dilihat berkerut kerana terpaksa ikutkan kehendak isteri yang mengidam untuk buat macam tu.

Walaupun Arel dah lepaskan jarinya, isterinya seperti mahu gigit  lagi dan lagi. Sambil bermain telefon, isterinya menggerakkan kepala ke arah jari jemari Arel untuk digigit.

Pada pengakhiran video, Arel sempat tunjuk keadaan jarinya itu sampai ada bekas gigi disebabkan gigitan tersebut serta dipenuhi air liur isterinya. Haha redha jela.

Difahamkan, isterinya kini sarat hamil 7 bulan dan seperti ibu hamil yang lain, wanita tersebut tersebut mengalami sakit belakang. Kata Arel melalui sebuah video lain di TikTok, isterinya hamil anak lelaki dan dia cuba sehabis baik untuk sentiasa berada di sisi teman hidupnya itu (termasuklah merelakan jari sakit digigit).

Apa craving pelik-pelik lagi yang korang pernah dengar?

Baca: “Saya tiru kata tak sedap” – Khairul Aming Tunai Permintaan Wanita Hamil Mengidam Makanannya Lepas Suami Cuba Masak Gagal

Collage 15

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Sampai berbekas, ada kesan gigi” – [VIDEO] Suami Perit Tahan Sakit, Isteri Hamil 7 Bulan Mengidam Gigit Jari
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/sampai-berbekas-ada-kesan-gigi-video-suami-perit-tahan-sakit-isteri-hamil-7-bulan-mengidam-gigit-jari/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM