Isu membabitkan sekumpulan pelancong Malaysia yang didakwa melarikan diri tanpa membayar bil di restoran Nasi Padang terkenal, Pagi Sore di Jakarta nampaknya masih lagi menjadi bualan hangat di media sosial.
Terbaharu, suami kepada pelakon popular Ummi Nazeera, iaitu Dr. Izzar turut mencuri tumpuan ramai apabila dia dilihat sempat berseloroh dan menyindir isu tersebut menerusi satu hantaran di akaun Threads miliknya.
Artikel berkaitan: “Lebih tinggi dari Malaysia & Singapura” – Presiden Prabowo Bangga Gaji Hakim Indonesia Naik 280%
Artikel berkaitan: “Buat bila bergejala” – Dr Izzar Kongsi Sebab Ujian RTK Boleh Bertukar Kejap Negatif, Kejap Positif
Ambil Langkah Selamat, Siap ‘Pose’ Tayang Resit
View on Threads
Kebetulan sedang berada di Indonesia, Dr. Izzar telah memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dirinya baru sahaja selesai menjamu selera di restoran Pagi Sore berkenaan.
Apa yang mencuit hati ramai adalah tindakan Dr. Izzar yang mengambil langkah selamat dengan bergambar di hadapan pintu masuk restoran sambil memegang erat resit fizikal pembayarannya.
“Yang penting sekarang adalah resit ya. Semoga kami tak diviral sebab tak bayar. Kalau ada, tolong maklum ke kami. Pandai-pandailah saya nak buat apa,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Netizen Terhibur, Puji Tindakan Bijak
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan usikan spontan Dr. Izzar dan menganggap ia satu sindiran yang ‘makan dalam’ terhadap pihak pengurusan restoran terbabit.

Terdahulu, tular kisah sekumpulan enam pelancong Malaysia yang menanggung malu selepas wajah mereka ditularkan oleh pihak Pagi Sore (cawangan Pantai Indah Kapuk) atas dakwaan lari daripada membayar bil berjumlah Rp907,500 (kira-kira RM250).
Bagaimanapun, mangsa berjaya membersihkan nama mereka selepas menjumpai semula resit fizikal dan bukti transaksi bank, sekaligus memaksa pihak restoran membuat permohonan maaf secara terbuka akibat kesilapan sistem komunikasi staf mereka sendiri.
Sumber: Threads
