in

“Saya tiru kata tak sedap” – Khairul Aming Tunai Permintaan Wanita Hamil Mengidam Makanannya Lepas Suami Cuba Masak Gagal

Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak kenal dengan Khairul Aming? Min bila bulan puasa, hari-hari ternanti-nanti menu makanan 30 hari Ramadan dia tu tau!


Baru-baru ini, sempena meraikan followers Twitter peribadinya yang dah mencecah lebih 500k, Khairul Aming telah meminta peminat-peminatnya untuk suggest giveaway apa yang patut diberikan kepada orang bertuah.

Ekoran ini, seorang netizen Ashraf Ahmas telah mencuba nasibnya untuk meminta Khairul Aming sendiri masak untuk isterinya yang mengidam nak makan makanan air tangannya itu.

Bang, isteri saya yang pregnant teringin sangat masakan Khairul Aming. Saya masak tiru resepi Khairul Aming pun dia kata tak sedap.”

Memang tuah ibu mengandung, dalam banyak-banyak respon yang diterima, Khairul Aming perasan dengan rayuan suami ini dan nak tunaikan permintaan isterinya itu! Wow!!!

Screenshot 2020 12 09 At 2.27.07 Pm

Khairul Aming turut rekodkan video dia membuat persiapan memasak untuk pasangan bertuah ini dan bakal bayi mereka yang teringin nak makan air tangannya itu.

Dalam video yang dikongsikan, Khairul Aming sempat mengatakan yang dia juga takut nak bagi orang rasa masakan dia. Hahahaha

Aku nak masak untuk saudara Ashraf dan isterinya yang mengandung dan mengidam nak makan masakan aku. Eii takut pulak aku nak masak ni.”

Khairul Aming telah sediakan tiga menu untuk pasangan bertuah ini iaitu, daging harimau menangis, sotong dan ayam bakar. Oi, betul-betul menangis tengok makanan dia memang buat lapar!

Screenshot 2020 12 09 At 2.31.34 Pm

Khairul Aming juga sempat mengusik pasangan ini untuk suruh bayi yang bakal dilahirkan itu untuk follow Instagramnya nanti.

Bercakap dengan mStar, Ashraf mengatakan yang isterinya memang betul-betul puas hati dengan masakan dari idola mereka itu.

Sebaik saja lauk masuk mulut, memang isteri saya terus terdiam sebab menikmati masakan Khairul Aming. Memang dia betul-betul puas hati… Kira keinginannya tercapai.”

Screenshot 2020 12 09 At 2.34.44 Pm

Alaa bestnyaaa, nak jugak!!!

 

Baca: Isteri Mengidam, Posmen Tulis Atas Parcel Pelanggan Minta Mangga Untuk Isteri Yang Sarat Mengandung

Screenshot 2020 12 09 At 2.41.20 Pm

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.