Demam Piala Dunia FIFA 2026 nampaknya semakin hari semakin hangat dirasai oleh peminat bola sepak seluruh dunia. Pelbagai gelagat dan drama mula memenuhi media sosial sepanjang kejohanan berprestij ini berlangsung.
Bagaimanapun, dalam banyak-banyak perlawanan peringkat kumpulan, aksi pembukaan Kumpulan F antara Belanda dan Jepun di Stadium AT&T nampaknya paling mencuri tumpuan.
Sebelum ini, tular sebuah video parodi memaparkan reaksi cuak seorang peminat apabila lagu kebangsaan Jepun digantikan dengan lagu tema anime popular, Demon Slayer (Kimetsu no Yaiba). Rata-rata netizen terhibur kerana membayangkan barisan pemain Jepun akan bertukar menjadi sangat agresif sebaik sahaja lagu tersebut berkumandang.
Artikel berkaitan: Didakwa Layan Atlet Macam ‘Suspek’, Amerika Syarikat Cetus Kemarahan Peminat Bola Sepak Dunia!
Artikel berkaitan: Penantian 13 Tahun, Malaysia Juara Berganda Sepak Takraw World Cup
View this post on Instagram
Namun, kreativiti netizen nusantara nampaknya tidak terhenti di situ sahaja. Fokus peminat bola sepak kini beralih pula kepada satu sudut pandang yang lebih mendalam dan mencuit hati iaitu dari sudut sejarah.
Menerusi beberapa tangkap layar komen yang tular di laman Instagram baru-baru ini, netizen dari negara jiran, Indonesia, mula mengaitkan perlawanan bola sepak moden ini dengan lipatan sejarah hitam negara mereka yang pernah dijajah oleh kedua-dua kuasa besar berkenaan suatu ketika dahulu.
Menjengah ke ruangan komen, terdapat akaun yang sempat berseloroh dengan menyifatkan pertembungan antara Belanda dan Jepun ini tidak ubah seperti sebuah perlawanan pertunjukan atau ‘reuni trofeo’ (reunion tournament) buat bekas-bekas penjajah mereka.

Bagaimanapun, usikan tersebut hanyalah sekadar gurauan santai daripada peminat tegar bola sepak untuk memeriahkan lagi suasana Piala Dunia kali ini. Di atas padang nanti, kedua-dua pasukan pastinya akan memamerkan aksi terbaik demi memburu tiga mata mutlak.
Sumber: Instagram
