Hubungan persahabatan yang tulus pastinya tidak dinilai dengan wang ringgit, namun apabila seorang sahabat sanggup berhabis demi menghargai kita, ia pastinya menjadi detik yang cukup menyentuh hati.
Itulah yang dirasai oleh penyanyi muda, Viviana Abdullah, apabila dia menerima kejutan luar biasa daripada sahabat baiknya, Cik B, yang merupakan anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida.
Artikel berkaitan: “Kereta idaman” – Cik B Tak Sangka, DSV Hadiahkan Lamborghini Urus RM1.6 Juta Sempena ‘Birthday’
Artikel berkaitan: “Dalam kehidupan lain” – Tidak ‘Girly’, Cik B Muat Naik Video DSV & Leona Menari Buat Ramai Sebak
Sebak & Menangis Di Kedai Apple
Menerusi sebuah video tular, Viviana dilihat tidak dapat menahan air mata dan menangis teresak-esak di dalam sebuah kedai Machines (pengedar sah Apple) selepas menyedari dirinya bakal dihadiahkan sebuah iPad baharu beserta Apple Pencil oleh Cik B.
@cikb_havoc Kalau kawan-kawan happy, Cik B lagi happyyy! @viana #tiktokmalaysia #talktomymanager #cikb #viviana #ipad
“Saya tak pernah dapat hadiah mahal macam ni daripada kawan… saya takut. Saya tak pernah minta pun. Tapi betullah, Cik B memang seorang kawan yang baik,” ujar Viviana sambil mengesat air mata kegembiraan.
Hadiah Untuk Menyokong Minat Muzik
Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen, menjelaskan bahawa pemberian tersebut adalah tanda penghargaan ikhlas buat Viviana sebagai seorang sahabat. Malah, iPad tersebut dibeli khas untuk menyokong Viviana yang kini sedang mempelajari bidang muzik.
Menurut Cik B, Viviana boleh menggunakan aplikasi seperti Logic Pro atau GarageBand di iPad tersebut untuk memudahkan proses pembelajarannya. Tidak cukup dengan itu, selepas melihat Viviana memegang iPad baharunya, Cik B turut membelikan sebuah pelindung (casing) iPad berwarna merah jambu lembut sebagai pelengkap.
Di akhir video, Viviana sempat mendoakan agar rezeki Cik B sentiasa melimpah-ruah dan tidak putus-putus. Cik B juga sempat menitipkan pesanan bermakna kepada Viviana agar sentiasa mencarinya jika memerlukan seseorang, dan mengingatkan Viviana bahawa dia tidak pernah bersendirian.
Netizen Tumpang Gembira dan Puji Sikap Cik B
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat keakraban dua sahabat ini. Ramai yang memuji cara Cik B melayan rakannya dengan penuh ihsan tanpa menunjuk-nunjuk, selain menyifatkan Viviana bertuah kerana memiliki ‘green flag friend’ seperti Cik B.

Sumber: TikTok
