“Rezeki milik Allah” – Miliki Degree Dalam Bidang Kimia, Gadis Reda Bekerja di KFC

Tambah ke Sumber Pilihan
“Rezeki milik Allah” – Miliki Degree Dalam Bidang Kimia, Gadis Reda Bekerja di KFC

Dalam keadaan dunia yang mengalami kegawatan ekonomi pasca Covid-19, ramai di antara kita berhadapan dengan masalah dibuang kerja dan sukar mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan yang kita ada.

Menerusi perkongsian @ainxang di TikTok, gadis ini juga meluahkan masalah yang sama dihadapinya apabila dia yang dahulunya berkelulusan degree dalam bidang kimia dengan kepujian terpaksa bekerja di restoran KFC demi kelangsungan hidup.


Walau bagaimanapun, gadis ini seakan-akan reda dengan takdir yang dilaluinya apabila dia mengakui tidak semua pekerjaan sempurna dan ia adalah rezeki daripada Allah yang dia terima dengan hati terbuka.

No perfect job, but rizq is from Allah,” tulisnya.

“Semoga Allah mempermudah semuanya untuk awak sayang” 

Perkongsian gadis ini telah mendapat pelbagai komen membina daripada netizen yang mana salah satu komen tersebut datang dari pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura. Wahhh untungnya! 

FazuraSumber: TikTok

Dalam pada itu, ada juga di kalangan netizen yang berkongsi pengalaman hidup mereka yang serupa dengan pengguna TikTok ini yang mana kebanyakannya mempunyai master dan degree dalam bidang yang hebat, namun terpaksa bekerja biasa-biasa saja kerana tiada peluang pekerjaan yang sesuai.

Belajar Tinggi TapiSumber: TikTok

Apa-apapun percayalah pada rezeki. InsyaAllah yang terbaik akan datang pada mereka yang kuat berusaha. 

Baca: Kajian: Hanya 27 Peratus Graduan Bumiputera Dapat Pekerjaan Pada Tahun 2020

Job

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Rezeki milik Allah” – Miliki Degree Dalam Bidang Kimia, Gadis Reda Bekerja di KFC
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/rezeki-milik-allah-miliki-degree-dalam-bidang-kimia-gadis-reda-bekerja-di-kfc/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM