Setiap pencapaian mesti ada cara tersendiri untuk diraikan. Tak semestinya kena tunggu keputusan peperiksaan, konvo atau kejayaan besar. Kadang-kadang, perkara yang nampak kecil bagi kita pun sebenarnya cukup bermakna untuk sesebuah keluarga.
Macam kisah seorang atok ini. Siapa sangka kejayaannya untuk kekal berada di rumah sepanjang hari pun diraikan oleh cucunya dengan KFC?
Itulah yang dikongsikan oleh @Safiahadli di TikTok apabila dia meraikan pencapaian atoknya dengan membelikan dua kotak KFC untuk dinikmati bersama.
@hi_peah Lama tak update pasal Atok kitaa, harini balik kejap belikan Atok kepcii 🍗 #fyp #family ♬ nhạc nền – Sợi len mềm
Video yang dikongsikan Safiah itu berjaya meraih lebih 300,000 tontonan di TikTok dan turut dihujani pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang tersentuh melihat hubungan mereka, malah ada yang mula terkenangkan momen bersama atok masing-masing.
Apa yang turut mencuri perhatian adalah cara Safiah meraikan pencapaian atoknya. Tak perlu sambutan besar-besaran, dua kotak KFC dan masa yang diluangkan bersama pun dah cukup untuk menjadikan hari tersebut satu kenangan manis.
Momen manis atok tarik perhatian KFC!
Rupanya video Safiah turut sampai ke perhatian #GengKepci. Bukan sekadar meninggalkan komen atau berkongsi semula video tersebut, mereka kemudian datang sendiri ke kampung untuk membuat kejutan kepada atok.
Dengan bantuan Safiah, satu sambutan khas diadakan untuk atok bersama ahli keluarganya. Lebih istimewa, atok turut menerima KFC Bucket khas dengan ukiran wajahnya sendiri!
View this post on Instagram
“Happy lah orang datang, kan? Cucu pun datang, Kepci pun datang. Ucapkan banyak terima kasih, datang ke rumah atok.” – kata atok Safiah
Rupa-rupanya, kisah atok Safiah bukan satu-satunya momen peminat KFC yang pernah mendapat perhatian mereka.
Kalau korang belum tahu, #GengKepci merupakan komuniti KFC Malaysia yang meraikan kisah, kejutan dan momen istimewa para peminat bersama KFC.
Daripada pencapaian besar sampailah momen kecil bersama keluarga, dah ada beberapa kisah peminat yang diraikan oleh komuniti ini.
Video Hari Bapa bertukar jadi kenangan istimewa
Antaranya adalah perkongsian sebuah keluarga sempena sambutan Hari Bapa.
Pada awalnya, video tersebut dikongsikan sekadar untuk merakam kenangan yang boleh dilihat semula oleh anak-anak pada masa akan datang.
“Saya just post untuk memori anak-anak saya untuk masa depan.”
View this post on Instagram
Namun, perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian #GengKepci dan momen yang pada asalnya sekadar dirakam untuk simpanan keluarga bertukar menjadi satu kenangan yang lebih istimewa buat mereka.
Graduasi pun diraikan bersama KFC
Selain itu, #GengKepci turut meraikan kejayaan seorang graduan bernama Sophia Shukri.
Sophia pada awalnya menghubungi KFC menerusi e-mel untuk berkongsi tentang hari graduasinya yang bakal tiba serta hasratnya untuk meraikan momen tersebut bersama KFC.
Permintaan itu rupanya mendapat perhatian KFC yang kemudian turut sama meraikan Sophia pada hari konvokesyennya.
View this post on Instagram
Menurut keluarganya, setiap kali anak-anak mencapai sesuatu kejayaan, mereka memang akan meraikannya dengan satu special treat. Dan untuk keluarga ini, antara hidangan yang menjadi pilihan sudah tentulah KFC.
Banyak lagi momen menarik bersama #GengKepci!
Daripada sebuah video TikTok bersama atok, sambutan Hari Bapa sampailah hari graduasi, setiap keluarga ada momen tersendiri yang cukup bermakna untuk mereka.
Kadang-kadang bukan soal sebesar mana sambutan itu, tapi siapa yang ada bersama kita ketika momen tersebut berlaku.
Sempena bulan kemerdekaan, jom raikan momen penuh makna ini bersama keluarga tersayang!
Tak perlu sambutan yang besar pun, kerana momen kecil yang dicipta bersama inilah yang mungkin akan menjadi memori paling bermakna untuk dikenang suatu hari nanti.
Nak tengok banyak lagi momen istimewa dan kejutan daripada #GengKepci? Korang boleh tengok perkongsian mereka di media sosial KFC Malaysia.
Kalau korang pun ada momen istimewa bersama KFC, jangan lupa kongsikan dengan #GengKepci tau!
Mana tahu, kisah korang pula boleh buat orang lain teringat akan momen indah bersama keluarga dan orang tersayang.
