in

Kajian: Hanya 27 Peratus Graduan Bumiputera Dapat Pekerjaan Pada Tahun 2020

Cats 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), hanya kira-kira 73,400 atau 27 peratus graduan Bumiputera mendapat peluang pekerjaan dalam sektor swasta yang ditawarkan pada tahun 2020.


Bilangan tersebut menurun jika dibandingkan dengan tahun 2019, iaitu seramai 103,900 graduan atau 40 peratus pada tahun 2019.

1 16

Difahamkan, penurunan peluang pekerjaan yang wujud kepada graduan Bumiputera adalah disebabkan daripada pengurangan tawaran pekerjaan sebanyak 29.3 peratus untuk kedua-dua tahun berkenaan.

Menurut sumber, dapatan kajian TERAJU ini diambil melalui dua kaedah, iaitu dengan mengenal pasti saiz graduan Bumiputera di IPTA dan IPTS, lalu membuat perbandingan antara tahun serta peratusan kaum untuk melihat kesan wabak Covid-19 kepada para graduan.

Kaedah kedua pula adalah dengan membuat kajian mengenai ketidaksamaan dalam peluang pekerjaan dalam tahun sama dan membuat perbandingan dengan bilangan graduan Bumiputera yang dihasilkan pada tahun tersebut.

N5

Kajian turut mendapati jumlah siswazah menganggur juga meningkat saban tahun. Pada tahun 2020 sahaja, seramai 202,400 siswazah dilaporkan menganggur, meningkat tahun sebelumnya dengan jumlah 165,200. Difahamkan, darpada jumlah tersebut, 70 peratus daripadanya adalah golongan Bumiputera.

Hasil kajian turut mendapati sebahagian besar graduan yang menganggur adalah daripada kumpulan B40 dan M40. Golongan ini ialah golongan yang bergantung kepada gaji dan upah sebagai sumber pendapatan utama mereka.

Sebagai langkah pencegahan, TERAJU telah merangka beberapa inisiatif untuk menarik minat Bumiputera dalam pasaran tenaga kerja mahir.

 

Kredit: BERNAMA

BACA: Tak Reti Buat Resume? Guna 5 Laman Web Ini Dengan Hanya Isi Tempat Kosong

Untitled 1

Sumber: Kosmo
Sumber: TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.