in

“Reti buat anak je!” – Atuk & Nenek Terpaksa Kerja Keras, Kena Sara 6 Cucu Sebab Anak LEPAS TANGAN!

Nek Esah Jaga Cucu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ye, betul apa yang korang baca dekat tajuk tu. Sepasang suami isteri warga emas terpaksa membanting tulang setiap hari untuk menyara enam cucu mereka.


Melalui satu tweet yang viral di Twitter, Ponisah Tumin, 53 tahun dan suaminya, Majid Dawan, 70 tahun terpaksa menjaga 6 daripada 22 cucu mereka yang ditinggalkan oleh anak-anak. Difahamkan, enam cucunya itu ditinggalkan oleh tiga pasangan ibu bapa masing-masing sejak masih bayi, lapor mStar.

Nek1
sumber: twitter

Mereka menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bantuan pihak sekolah serta belas ihsan daripada orang ramai. Namun pasangan tua ini tetap bekerja demi menanggung enam cucunya yang berusia 8 hingga 16 tahun itu.

“Kalau ikutkan memang orang dah tak mahu bagi saya kerja dengan kesihatan macam ni. Tapi bila fikir cucu nanti tak ada duit belanja, saya terpaksa cari kerja juga. Saya baru saja mula kerja dekat warung tepi jalan lebih kurang sebulan lepas.”

“Gaji kat situ RM30 sebulan. Kalau saya sihat saya kerja, kalau tak sihat tak kerjalah. Biasalah bila dan tua macam ni kena ikut badan juga.”

Ponisah atau mesra disapa Nek Esah mempunyai masalah sakit jantung dan darah tinggi dan suaminya juga turut membantu dengan mengambil upah mesin rumput di sekitar kawasan kampung.

“Suami pun ada tolong-tolong juga macam ambil upah mesin rumput, itu pun bukan kerja tetap. Kalau ada orang panggil adalah duit lebih sikit, tapi kalau tak, tak adalah.”

Kalau ada hari suaminya tak sihat, katanya cucu lelaki yang berusia 10 tahun akan menggantinya pergi mesin rumput. Menurut tweet yang viral tu, cucu Nek Esah darjah 4 ni berstatus OKU.

Nek3
sumber: twitter

Disebabkan dijaga sejak kecil, cucu-cucu itu memanggil mereka mak dengan bak datuk) kerana sudah menganggap pasangan ini sebagai ibu bapa. Ramai di Twitter yang bertanyakan tentang ibu bapa kepada cucunya namun menurut Nek Esah mereka sangat jarang datang menjenguknya dan suami, apatah lagi bertanya khabar.

Sebaliknya, dia sendiri yang akan hubungi kalau merindui anak-anaknya itu. Bukan tu je, mereka juga tidak pernah membantu padahal yang dijaga oleh Nek Esah itu adalah anak mereka.

“Hanya saya saja yang selalu telefon anak-anak. Nak harapkan mereka? Payah sangat… Tapi itulah, kadang-kadang bila tengah cakap, tiba-tiba saja telefon terputus, tak berbunyi. Anak-anak selalu letak telefon bila dengar suara ayah mereka. Mestilah kita terasa.”

“Mereka sekalipun tak pernah nak bantu. Saya cakap terus terang, nak bantu-bantu ni tak ada. Kalau bagi (bantuan) pun 2-3 bulan sekali lepas tu selang bulan lain. Susahlah, cucu nak sekolah, nak belanja harian lagi. Saya ni lagi rasa terbeban. Rumah nak kena bayar, duit bayi, duit air lagi. Anak-anak kalau datang pun sekejap, tak ada langsung nak hulur duit ke apa.”

Walaupun serba daif dan kekurangan, Nek Esah dan suami tidak pernah putus asa dan bersyukur kerana masih ada pihak yang sudi tampil beri bantuan dari segi kewangan dan makanan. Mereka juga tetap mengutamakan pendidikan dan mengingatkan enam cucunya itu untuk belajar bersungguh-sungguh supaya masa depan lebih cerah.

Nek2
sumber: twitter

Apa jenis anak buat parents macam ni? Apa jenis mak bapak sanggup tinggal anak macam ni? Admin harap dorang menyesal dan bertaubat!

Baca: “Suami jenis tak guna”- Lelaki Tengking Dan Tolak Isteri Dalam Pantang Dekat Klinik Kesihatan Sampai…

Featured 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.