in

“Suami jenis tak guna”- Lelaki Tengking Dan Tolak Isteri Dalam Pantang Dekat Klinik Kesihatan Sampai…

Featured 10

Biasanya bagi ibu-ibu mengandung dah jadi kebiasaan untuk mereka datang ke klinik kesihatan bagi melakukan check-up.

Biasalah kadang-kadang si ibu akan datang sendirian, namun ada masanya ditemani suami tersayang.

Tapi part tak bestnya bila si suami ‘buat perangai’ waktu temankan isteri kat Klinik Kesihatan, macam yang dikongsikan lelaki ini di facebook.

 

“Tengking kuat2 ckp. Kau pegi la cepat, aku nk g keje nie. Pastu dia tolak2 bini dia. Bini dia dlm pantang sbb pkai stokin tebal”

Wife aku kena minum air gula kat KK ari ni. Sekali wife hantar laporan, "Abg tgk laki bini depan. Sian abg wife dia kne…

Posted by Azri Osman on Monday, October 7, 2019

“Wife aku kena minum air gula kat KK ari ni. Sekali wife hantar laporan, “Abg tgk laki bini depan. Sian abg wife dia kne marah dgn laki dia. Tengking kuat2 ckp. Kau pegi la cepat, aku nk g keje nie. Pastu dia tolak2 bini dia. Bini dia dlm pantang sbb pkai stokin tebal. Td dia letak anak dia atas meja pastu dia main game. Bini dia g tandas”.

“Terlalu sukar bg aku nak bersangka baik mahupun berkata yg murni2 tentang keadaan camni. Namun aku gagahi juga. Aku takde kat tempat kalian & tak tau apa kesukaran kalian. Moga Allah permudahkan segalanya utk Si Isteri. Tika anak pertama aku lahir, aku disisi isteri semasa proses melahirkan. Mencurah air mata aku melihat kesukaran seorang IBU melahirkan anaknya.

“Gais.. Walau siapa pun kita, merekalah sentiasa menjadi Tulang Belakang semasa kita jatuh dan bangun. Hargailah mereka. Sedang mereka adalah Amanah Allah Ta’ala utk kita bimbing dan pimpin tangan2 mereka menuju ke Jannatul Firdaus In shaa Allah. Kemon gais tolonglah hargai jasa depa kat kita!

Wallahu’alam.”

Bercakap kepada Lobak Merah, Azri memaklumkan yang kejadian berlaku di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kampung Pandan Dalam ketika dia membawa isterinya untuk check up.

Dan dipercayai pasangan tersebut merupakan pasangan muda dalam lingkungan 30an..wallahualam betul atau tak.

 

“Tak pelik ada lelaki mcm ni, tapi lagi pelik ada perempuan yg sanggup tunggu laki mcm ni…” 

Sementara itu, rata-rata netizen jelas kecewa dengan tingkah laku lelaki tersebut yang sepatutnya lebih bertanggungjawab sebagai suami dan ayah, bukannya lepas tangan dan melayan isteri sedemikian rupa.

1 4

2 6
Sumber: facebook

 

Semoga lelaki-lelaki di luar sana yang bergelar suami dan ayah lebih bertanggungjawab dan menjadi pemimpin keluarga yang baik.

Baca : Inilah suami yang bengap! Lelaki Merungut Dekat FB Cakap Buruk Pasal Isteri, Netizen Kecam Balik Sebab

4 2