in

Remy Ishak Kongsi Video ‘Shopping’ Raya, Netizen ‘Geram’ Tengok Gelagat Tuah Alam

Remy 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jarang berkongsi perihal anak di media sosial, kali ini pelakon Remy Ishak telah berkongsi satu video dirinya bersama isteri dan anak lelaki mereka sedang membeli belah persiapan raya di beberapa tempat.


Shooping raya bersama

Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh Remy Ishak di TikTok menunjukkan keluarga kecil itu sedang sibuk membeli baju raya dan kelengkapan yang lain. Remy juga dilihat sedang membuat panggilan video dengan ibunya mengenai pilihan baju kurung untuk hari raya.

Artikel berkaitan: “Pandai menyamar” – [VIDEO] Pasangan Tak Sedar Minta Tolong Remy Ishak Ambil Gambar, Siap Suruh Posing

Artikel berkaitan: “Tuanku peminat Remy ni” – Remy Ishak Dan Isteri, Terima Hadiah Perkahwinan Daripada Agong & Raja Permaisuri Agong

Dalam masa yang sama, anak mereka iaitu Tuah Alam dibawa di dalam baby carrier bagi memudahkan Remy dan isteri untuk membeli belah. Bukan satu tempat sahaja mereka ‘menyelam’ baju raya, ada beberapa butik lain yang turut mereka kunjungi.

Sementara isteri Remy iaitu Ezza Yusof sedang mencari kelengkapan lain, Remy dilihat bergurau senda dengan anaknya di dalam butik. Ada juga beberapa peminat telah mengambil gambar bersama keluarga pelakon itu.

https://www.tiktok.com/@remyishaktiktok/video/7355172409122622728?_r=1&_t=8lLnjX1Yu2M

“Comelnya Tuah Alam!”

Video berdurasi kurang satu minit itu telah meraih perhatian netizen di ruangan komen. Selain sifat bapa yang penyayang ditunjukkan oleh Remy, warganet lebih tertarik dengan gelagat Tuah Alam yang kelihatan comel dan tidak meragam. Remy 2

Selain itu, ramai antara mereka mengusik Tuah Alam kerana bapanya merupakan pelakon yang disegani di tanah air.

Remy 1 1

Geli hati dengar Tuah Alam ni gelak.. comel sangat!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.