Pada Sabtu tanggal 21 Ogos yang lalu pelakon lelaki kegilaan ramai wanita, Remy Ishak telah menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan pilihan, Ezza Yusof.
Mereka telah selamat dinikahkan dalam satu di Masjid Negara, dan difahamkan juga majlis diadakan dengan ringkas bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.
Pasangan tersebut mendapat banyak ucapan tahniah daripada rakan artis, serta peminat-peminat yang mendoakan mereka sejak mereka bergelar sah sebagai suami isteri.
https://www.instagram.com/p/CS0_LTxnJX7/
Terima hadiah dari istana
Terbaru, pasangan tersebut dilihat menerima bungkusan hadiah berwarna kuning yang sangat istimewa hasil pemberian daripada Istana Negara sendiri.
Menerusi posting di laman Instagram Remy sendiri, dia dan isteri memuat naik video sebagai tanda ucapan terima kasih kepada KDYMM Baginda Agong dan Raja Permaisuri Agong yang telah mengirimkan hadiah sempena perkahwinan mereka baru-baru ini.
Mereka turut kelihatan sangat teruja dan bersyukur kerana tidak menyangkakan akan dapat pemberian daripada golongan diraja sendiri. Selain itu juga, mereka turut meyampaikan pesanan supaya baginda Agong dan Raja Permaisuri Agong diberi kejahteraan di dunia dan akhirat.
https://www.instagram.com/p/CS55q_xnXLC/
“Bukan kaleng2 ni”
Di ruangan komen, rata-rata netizen bagaikan tak percaya bahawa kerabat di raja tersebut turut memberikan hadiah buat Remy dan isterinya itu. Selain itu juga, ramai yang turut menitipkan ucapan tahniah buat mereka atas perkahwinan yang telah dijalin.
Wahh dari baginda Agong tu memang lain macam. Apa-apapun, tahniah sekali lagi diucapkan buat Remy dan Ezza. Ehem yang broken tu sila move on ye hehe.