Kalau kita terserempak dengan artis ataupun selebriti yang dikenali ramai, mesti secara tidak langsung perasaan excited tu akan datang. Sebab bukan hari-hari kita terserempak dengan artis kan?
Malah, sampaikan ada segelintir pihak yang akan bertindak menyapa dan ada di antara mereka yang akan meminta kebenaran untuk mengambil gambar bersama mereka sebagai kenangan.
Namun baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan pasangan kekasih yang meminta bantuan seseorang untuk menangkap gambar mereka.
@roseezza Tadi singgah Tasik Cermin ada 1 couple mintak tolong ambik gambar , macam biasa lah suami ku memang gigih kalau bab ambik gambar, nak dapatkan shot yang cantik!😁. Harap couple ni happy lah dengan gambar dia, sebab depa tak perasan siapakah photographer misteri gigih ini. 🤣🥳🥰😍 Happy New year 2023 guys!. #remyishak #happynewyear2023
Rupanya Remy Ishak tolong tangkapkan gambar?!
Apa yang menarik perhatian warganet adalah individu yang membantu ambil gambar pasangan tersebut rupa-rupanya adalah pelakon terkenal, Remy Ishak.
Dari video TikTok yang dimuat naik oleh isteri Remy iaitu @roseezza, kejadian itu berlaku ketika dia bersama suaminya itu bercuti di Tasik Cermin, Ipoh baru-baru ini.
Menurut Ezza, suaminya itu kelihatan sangat gigih demi membantu pasangan itu untuk mendapatkan shot gambar yang paling cantik.
“Tadi singgah Tasik Cermin ada satu couple mintak tolong tangkap gambar. Macam biasa la suamiku memang gigih kalau bab ambik gambar, nak dapatkan shot yang cantik,” tulisnya di kapsyen video tersebut.
Menerusi akaun Instagram Ezza, ternyata memang dia dan suaminya memang berada di tempat tersebut dan ramai netizen yang membanjiri di ruangan komen.
https://www.instagram.com/p/Cm53gDsBF8d/?utm_source=ig_embed&ig_rid=030862bd-4f8c-49ea-8704-bce51adba48e
“Malunya tak perasan..” – Netizen
Rata-rata warganet tidak menyangka bahawa itu sememangnya Remy Ishak dan ada juga di antara mereka memuji sikap Remy yang merendah diri dan sanggup menolong orang lain.
Selain itu, salah seorang daripada pasangan kekasih itu turut meninggalkan komen di video tersebut dan meluahkan rasa kesal kerana tidak perasan keberadaan Remy semasa itu.
Untung akak ni dapat Remy Ishak tolong ambilkan gambar… Tapi tulah boleh pula tak perasannn