in

“Rakyat semakin keliru” – Hannah Yeoh Gesa Ismail Sabri Hentikan Sidang Media Jika Tiada Pengumuman Bantu Rakyat

Aa 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tatkala keadaan Covid-19 semakin runcing di negara kita, pelbagai arahan dan peraturan yang dipinda oleh pihak kerajaan bagi menjamin keselamatan rakyat.


Namun, keadaan memuncak apabila arahan Bekerja Dari Rumah (BDR) yang diumumkan semalam oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri yang berkuat kuasa hari ini mencetuskan kekeliruan dalam masyarakat.

A2 2 2

 

Minta hentikan sidang media jika tiada inisiatif bantu rakyat

Susulan itu, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh buka mulut dengan menggesa Ismail Sabri untuk menghentikan sidang media jika ianya tidak menyatakan sebarang bantuan subtantif kepada rakyat.

Perkara ini telah disuarakan sendiri oleh Hannah Yeoh melalui satu posting di Twitter peribadinya.

“Saya gesa @IsmailSabri60 hentikan sidang media harian beliau kalau tidak ada pengumuman substantif membantu rakyat.”

“Semakin banyak yang diumumkan, semakin keliru orang awam dibuatnya!”

 

Orang ramai keliru

Hannah Yeoh turut menegur kepimpinan kerajaan yang sepatutnya lebih bijak dalam menguruskan pandemik Covid-19 ini. Beliau menegaskan ketidakcekapan barisan Menteri membuatkan rakyat semakin keliru setiap kali pengumuman baharu dibuat.

“Menteri mesti mempunyai kemahiran pengurusan yang baik. Apabila kita mempunyai Menteri yang tidak pernah berkerja dalam bidang sebenar membuat keputusan. Maka, satu pengumuman dapat membuat negara menjadi huru-hara,”

“Sekiranya Covid tidak membunuh ekonomi, ketidakcekapan mereka yang membunuh!”

A1 3 7

 

Menurutnya, SOP panduan BDR yang diumumkan sebelum ini terlalu umum dan sangat mengelirukan.

Tambah beliau arahan yang mengelirukan dan ‘setengah masak’ mengakibatkan ketidakpastian kepada masyarakat terutama komuniti perniagaan dan mereka yang berkeluarga.

 

Baca: MITI Benarkan 10% Pekerja Di Pejabat Dari 10 Pagi Hingga 2 Petang Untuk Sektor Tertentu

Bb 14

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.