in

“Pusat beli-belah boleh hadkan jumlah pengunjung”- Ismail Sabri

Featured 18

Pusat beli-belah di negara ini boleh membuat peraturan untuk mengehadkan jumlah pengunjung yang masuk ke premis tersebut sebagai inisiatif untuk menguatkuasakan penjarakan sosial seperti yang disarankan oleh kerajaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini kerajaan masih membenarkan orang ramai untuk mengunjungi pusat beli belah tanpa ada had tertentu.

Buat masa ini kerajaan tidak mengehadkan jumlah pengunjung ke pusat beli-belah namun mengalu-alukan jika mereka mahu berbuat demikian.”- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Tempat Shopping Di Kuala Lumpur Menarik

Katanya pusat beli-belah boleh buat penggiliran untuk masuk ke premis jika khuatir orang ramai ada yang tidak patuh pada penjarakan sosial.

Perkara itu dinyatakan Datuk Seri Ismail Sabri pada sidang media di parlimen hari ini.

 

Baca : [Video] Fuh! Ramai Sanggup Beratur Panjang Berblok-blok Semata-mata Nak Masuk Kedai Ustaz Ebit Lew.

Baca 16