in

[Video] Fuh! Ramai Sanggup Beratur Panjang Berblok-blok Semata-mata Nak Masuk Kedai Ustaz Ebit Lew.

Untitled Design 1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Benarlah kata orang, lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita dapat. Siapa yang tak kenal Ustaz Ebit Lew, pendakwah dan aktivis yang tak pernah kenal erti penat ni.


Selepas beberapa bulan berhempas pulas, akhirnya hasrat pendakwah terkenal itu tercapai apabila pasaraya Elewsmart miliknya di Bandar Baru Bangi dilancarkan secara rasmi pada Sabtu lalu.

Apa yang mengejutkan pada kali ini, bukanlah pada harga barangan di Elewsmart, tetapi sambutan yang sangat luar biasa sehinggakan orang ramai sanggup beratur dengan barisan yang terlalu panjang sehinggakan mengelilingi blok lain!

Menerusi perkongsian di Instagram, Ustaz Ebit berkongsikan keadaan di sana dan turut sempat meluahkan perasaan sebak dengan sokongan luar biasa diberikan orang ramai.

 

“Ya Allah sebak sayu rasa di pembukaan ElewsMart Bandar Baru Bangi. Terima kasih semua yang mendoakan. Ramainya orang yang hadir memberi sokongan dan mendoakan. Jauh-jauh datang. Semua beri isyarat wajah atau tangan. Maksudnya kita semua sebuah keluarga”

Lebih terharu, Ustaz Ebit berkata ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata ingin memberikan sokongan kepada pembukaan cawangan pertama Elewsmart.

1 15

3 10

4 5

Ustaz Ebit Lew juga berkesempatan untuk melayan pelanggan yang menghadiri pada hari pembukaan berkenaan. Antara cawangan lain yang akan dibuka seterusnya adalah di Cyberjaya, Dataran Perniagaan Cheras dan Prima Sri Gombak Batu Caves.

Semoga sentiasa dilindungi Allah dan selamat mahu jaya di dunia dan akhirat Ustaz Ebit!

Baca: Hati-hati, takut ada yang ambil kesempatan” – Harga Di ElewsMart Terlajak Murah, Netizen Nasihat Agar Ebit Liew Waspada

Qq

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.