in

Polis Tahan Suami Isteri ‘Show Off’ Dapat Makan Di Restoran Walaupun Tak Ambil Vaksin

Pasangan Tular Buat Eksperimen Sosial Makan Di Restoran Tanpa Lengkap 2 Dos Sudah Ditahan Polis.jpg.webp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas satu posting di Facebook tular selepas seorang wanita mengatakan yang dia telah membuat eksperimen sosial bagi membuktikan individu yang tak mempunyai vaksin lengkap boleh masuk ke kedai serta makan di restoran.



Dalam posting tersebut, wanita ini menceritakan yang dia dan suaminya berjaya masuk ke beberapa premis tanpa sebarang masalah malah mampu makan di restoran bersama anak-anak mereka walaupun tanpa mengambil suntikan vaksin.

Posting dari wanita ini jelas telah menimbulkan kemarahan netizen lebih-lebih lagi individu yang lengkap vaksinasi kerana risau dengan keselamatan mereka.

Polis tahan pasangan suami isteri

Whatsapp Image 2021 08 24 At 1.43.49 Pm 1

Susulan dari ini, semalam pihak polis telah pun menahan pasangan suami isteri kerana telah memasuki beberapa kedai serta makan di restoran tanpa melengkapkan dos vaksin Covid-19.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata pasangan suami isteri berusia 35 dan 36 tahun itu ditahan di rumah mereka di Bandar Putera 2 pada jam 5 petang kelmarin.

Penahanan ini dibuat selepas pihak polis menerima aduan tentang posting wanita bernama Mujaheeda Soleha.

Perkongsian pemilik akaun itu turut mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam.

“Kedua-dua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil polis.”

Kes ini kini sedang disiasat mengikut Seksyen 269 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan selain Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.

Shamsul Amar juga turut menasihati orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara sebagai usaha untuk membendung penularan wabak Covid-19.

 

Baca: Wanita Bangga Tunjuk Boleh ‘Dine-in’ Tanpa Ambil Vaksin, Netizen Minta PDRM Ambil Tindakan Tegas

Screenshot 2021 08 25 At 11.40.43 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.