in

Wanita Bangga Tunjuk Boleh ‘Dine-in’ Tanpa Ambil Vaksin, Netizen Minta PDRM Ambil Tindakan Tegas

Screenshot 2021 08 23 At 1.51.01 Pm

Minggu lalu, kerajaan telah pun membenarkan individu yang menerima vaksin lengkap untuk makan di restoran di negeri-negeri di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1.

Walaupun dah diberitahu tentang syarat yang perlu dipatuhi oleh beberapa sektor ekonomi yang dibenarkan untuk dibuka adalah perlu memeriksa sijil digital vaksin, masih juga ada beberapa individu yang menolak vaksin telah turut sama cuba nasib untuk mendapatkan manfaat yang diberikan oleh kerajaan ini.

“Semua kedai saya masuk, satu premis pun takde yang check”

Baru-baru ini, seorang wanita telah memuat naik gambarnya satu keluarga makan di sebuah restoran di media sosial.

Menurut wanita ini, kerana arahan kerajaan mengatakan hanya individu yang telah lengkap vaksinasi sahaja boleh keluar, dia dan suaminya telah menjalankan social experiment bagi membuktikan orang sepertinya juga boleh keluar seperti biasa.

Katanya, dia berjaya masuk ke semua kedai dan tak ada satu tempat pun yang periksa dia telah disuntik atau pun tidak.

Bukan gerai-gerai tepi jalan saja saya pergi, seven eleven, speedmart, pizza hut, semua kedai saya masuk, satu premis pun tak ada yang check saya 2 dos ke tidak.”

E9Cfeexvcam8Us6

Pun begitu, wanita ini mengatakan, bila suaminya cuba menjalankan eksperimen sosial untuk pergi ke kedai gunting rambut, dua kedai telah menghalau suaminya itu kerana tidak mengambil vaksin namun akhirnya lelaki itu dapat masuk ke kedai gunting rambut yang langsung tak tanya maklumat dirinya.

Dua barber dia pergi pakat halau sebab tak ada dua dos kehkehkeh, cian my hubby.”

Tak berhenti setakat itu, wanita ini kemudiannya menyambung yang dia dan keluarganya juga sempat cuba nasib untuk makan di kedai makan dan masuk dengan muka confident seperti sudah lengkap divaksinasi.

Duduk, makan minum, blah. Sorang pun tak tanya. Sorang pun tak check. So siapa kata tak cucuk 2 dos tak boleh dine-in? Tanpa dua dos pun kami dah selamat dine-in.”

“Mana keadilan untuk rakyat yang dah dua dos?”

Ekoran tular posting wanita ini, ramai netizen telah meluahkan rasa tak puas hati mereka dengan tindakan tak bertanggungjawab segelintir individu ini.

Bukan itu sahaja, tindakan seperti ini juga turut membahayakan orang-orang sekeliling.

Screenshot 2021 08 23 At 1.43.13 Pm Down

Harapnya pihak berkuasa boleh jalankan siasatan mereka dan pemilik-pemilik premis juga patut lebih tegas dan peka ketika periksa sijil vaksinasi.

 

Baca: “Khas bagi individu lengkap 2 dos vaksin” – MKN Benarkan Bilangan Penumpang Ikut Kapasiti Tempat Duduk

Screenshot 2021 08 23 At 2.00.06 Pm