Polis Buru Individu Pukul Pemandu Lori Di Plaza Tol

Tambah ke Sumber Pilihan
Plaza Tol

Pihak polis kini giat memburu seorang lelaki yang dipercayai memukul seorang pemandu lori selepas berang kerana keretanya dibunyikan hon dalam kejadian di Plaza Tol Kempas, Lebuhraya Utara Selatan, Ahad lalu.

Insiden tersebut yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang turut dirakam dan tular di media sosial, memperlihatkan seorang lelaki bertindak agresif terhadap pemandu lori tersebut.


Screenshot 2025 06 15 At 10.48.45 Am

Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 5.35 petang, hari yang sama.

Menurutnya, laporan dibuat oleh mangsa yang berusia 31 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori.

Artikel berkaitan: Tular Video Lelaki Mengamuk Di Plaza Tol Rupanya Positif Sy*bu & Ada 17 Rekod Jenayah Lampau

Artikel berkaitan: Individu Buat Laporan Polis, Dakwa Dirinya Ditikam Kerabat Diraja Pahang

Berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku apabila pengadu membunyikan hon ke arah sebuah kereta Proton Wira yang berada di hadapannya kerana kenderaan itu tidak bergerak walaupun palang tol telah terbuka.

Tindakan itu dipercayai mencetuskan kemarahan seorang lelaki yang duduk di tempat penumpang kereta terbabit.

“Lelaki berkenaan keluar dari kenderaan dan meminta mangsa membuka pintu lori. Sebaik pintu dibuka, dia didakwa terus memukul muka dan kepala mangsa beberapa kali”

Mangsa kemudiannya bertindak mempertahankan diri dengan menendang suspek keluar dari lori tersebut.

Balveer menambah, kejadian tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana dibunyikan hon.

Akibat insiden itu, mangsa mengalami kesakitan di bahagian belakang kepala.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh di tempat awam.

Jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan, denda maksimum RM1,000, atau kedua-duanya sekali.

Usaha sedang dijalankan untuk mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Polis Buru Individu Pukul Pemandu Lori Di Plaza Tol
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/polis-buru-individu-pukul-pemandu-lori-di-plaza-tol/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM