Tular Video Lelaki Mengamuk Di Plaza Tol Rupanya Positif Sy*bu & Ada 17 Rekod Jenayah Lampau

Tambah ke Sumber Pilihan
Tular Video Lelaki Mengamuk Di Plaza Tol Rupanya Positif Sy*bu & Ada 17 Rekod Jenayah Lampau

Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki bertindak ganas dan mengamuk di sebuah plaza tol, individu berkenaan dilihat keluar daripada kereta lalu memarahi jurutol sebelum memukul serta menyepak tol tersebut.

Menurut laporan Kosmo!, kejadian tersebut berlaku di plaza tol berhampiran Jalan Batu 9 Cheras, Selangor pada Ahad lalu.


Artikel berkaitan: “Pecahkan pintu kaca guna besi dumbel” –  Lelaki Mengamuk Lepas GF Tak Nak Teruskan Hubungan

Artikel berkaitan: Wanita Palestin Mengamuk Mohon Maaf, Tertekan Fikir Anak Di Gaza

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan video kamera papan pemuka (dashcam) yang ditularkan di Facebook pada 11.13 pagi semalam.

“Video 18 saat itu (kejadian 1.38 pagi Ahad) memaparkan suspek, 31, keluar dari kenderaan dan terus ke kaunter tol.

Suspek bertindak memarahi serta menendang dinding kaunter tol tersebut, lalu terus beredar dari lokasi kejadian,” katanya.

Difahamkan, suspek positif dadah jenis syabu dan mempunyai 17 rekod jenayah lampau, mengikut keterangan mangsa kejadian tersebut iaitu petugas jurutol kaunter wanita, 22, punca kejadian adalah suspek ditegur kerana mengetuk tempat kad Touch n’ Go dengan kuat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Kosmo!

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Tular Video Lelaki Mengamuk Di Plaza Tol Rupanya Positif Sy*bu & Ada 17 Rekod Jenayah Lampau
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tular-video-lelaki-mengamuk-di-plaza-tol-rupanya-positif-sybu-ada-17-rekod-jenayah-lampau/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM