in

PM Akan Serahkan Surat Perletakan Jawatan Esok Kepada YDPA?

1Tsmy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kepimpinan Bersatu hari ini mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyerahkan surat perletakkan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara esok.


Menurut laporan Malaysiakini, Ahli Majlis Pemimpin Teringgi Bersatu, Mohd Redzuan Md Yusof memaklumkan perkara itu selepas mesyuarat ahli Bersatu awal pagi tadi.

Screenshot 2021 08 15 At 1.17.08 Pm
Sumber: malaysiakini

Menurut Mohd Redzuan, perkara berkenaan dimaklumkan Muhyiddin sudah mencuba sebaik mungkin untuk mempertahankan keadaan dan kedudukan kerajaan namum ikhtiarnya itu tidak membuahkan hasil.

Perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri itu adalah pilihan terbaik yang ada pada beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas bilangan ahli parlimen yang menyokongnya menyusut dan tidak mencukupi di Dewan Rakyat.

Screenshot 2021 08 15 At 1.16.59 Pm
Sumber: malaysiakini

Ketika ditanya wartawan, Mohd Redzuan berkata Tan Sri Muhyiddin tidak menunjukkan perasaan sedih ketika mengumumkan rancangannya itu di depan ahli-ahli parlimen Bersatu.

Untuk jawatan Perdana Menteri berikutnya, kita serahkan kepada kebijaksanaan YDPA untuk melantik yang baru” – Mohd Redzuan

Untuk rekod, sekiranya perletakan jawatan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong esok, Tan Sri Muhyiddin akan mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri paling singkat berkhidmat untuk Malaysia iaitu kira-kira 15 bulan.

 

Baca: [TERKINI] Perdana Menteri Tak Letak Jawatan, Ada Surat Akuan Masih Mempunyai Majoriti Sokongan

Screenshot 2021 08 15 At 1.16.07 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.