in

Momen 700 Pelajar SPM Selangor Terima Juadah Nasi Tomato Buat Ramai Tersentuh

Syaz Ft 95

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Inisiatif penyediaan makanan melalui program Nutrisel oleh kerajaan Selangor mendapat maklum balas positif daripada ibu bapa apabila anak-anak calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat menjamu selera sebelum menduduki peperiksaan.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang pengguna bernama @hayatiabdullah782 meluahkan rasa syukur dan lega apabila para pelajar dapat masuk ke dewan peperiksaan dengan perut yang kenyang.


Artikel berkaitan: Asyraf Wajdi Berang Isu Ayam Tak Masak di MRSM TGB, Pelajar SPM Terjejas

Artikel berkaitan: Sultan Selangor Perkenan Solat Jumaat Di IOI City Mall

 

View on Threads

 

“Function teroksss kerajaan Selangor melalui program Nutrisel. Kami ibu bapa ni berasa lega anak2 SPM kami kenyang sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Ini hanya kisah di sebuah sekolah seramai 700 calon SPM semua mendapat manfaatnya. Alhamdulillah.. terbaik kerajaan Selangor,” tulisnya.

700 Calon SPM Terima Juadah Nasi Tomato

Dalam hantaran sama, turut disertakan tangkap layar klip video dari TikTok yang memaparkan suasana para pelajar beratur sambil membawa beg sekolah.

Teks pada video tersebut turut menyentuh hati ramai pihak apabila memaparkan mesej buat calon peperiksaan berkenaan.

Perkongsian itu nyata menarik perhatian warga maya dengan meraih lebih 1,600 tanda suka, 217 ulang siar serta puluhan komen yang rata-rata menyambut baik usaha memastikan kebajikan calon SPM terjaga pada hari peperiksaan.

Ringankan Kerisauan Ibu Bapa

Bagi ibu bapa, memastikan anak-anak mendapat makanan yang mengenyangkan sebelum menghadapi kertas peperiksaan merupakan perkara penting agar mereka lebih fokus dan bertenaga.

Usaha berterusan melalui program seperti Nutrisel dilihat membantu memudahkan urusan harian pelajar di sekolah, khususnya ketika musim peperiksaan besar yang menuntut tumpuan penuh.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.