in

[TERKINI] Perdana Menteri Tak Letak Jawatan, Ada Surat Akuan Masih Mempunyai Majoriti Sokongan

E766Xe0Voau72R6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menerusi perutusan khas yang berlangsung sebentar tadi, Perdana Menteri memberitahu yang dia telah pun menghadap Yang di-Pertuan Agong dan membawa bukti menunjukkan yang beliau masih lagi mempunyai sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri.


Perkara ini telah pun disembahkan kepada YDPA ketika sesi menghadap di Istana Negara pagi tadi. Sehubungan itu, isu beliau perlu meletakkan jawatan kerana tak mendapat sokongan majoriti adalah tidak berbangkit.

Tak cukup dengan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengatakan yang beliau akan membuat undi percaya ke atasnya di Dewan Rakyat apabila Parlimen bersidang pada September nanti.

Oleh itu, kerajaan terkini akan kekal berfungsi sepanjang tempoh ini dan akan memastikan program vaksinasi juga akan diteruskan tanpa sebarang campur tangan.

Jelasnya, walaupun ramai menuduhnya derhaka kepada Agong, apa yang beliau lakukan hanyalah untuk melindungi Perlembagaan Persekutuan dan mempertahankan institusi diraja.

 

Baca: Kerajaan Pertimbang Individu Lengkap 2 Dos Vaksin Diberi Beberapa Kelonggaran – PM

Screenshot 2021 08 04 At 12.53.07 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.