Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi nama penyanyi serta pelakon hebat yang menyinar menerusi siri filem Sembilu dan Maria Mariana sekitar tahun 90an iaitu Ziana Zain.
Seperti biasa, jatuh bangun kehidupan anak seni pastinya sedikit sebanyak akan terpalit dengan gosip hangat, namun Ziana pada ketika itu jarang sekali mahu bercerita mengenai perkara tersebut yang berlaku sekitar pertengahan tahun 90an tambahan pula ia melibatkan seorang VIP ternama.
Menurut Astro AWANI, menerusi satu temubual eksklusif stesen TV tersebut, Ziana akhirnya membuka mulut mengenai isu ini dan telus dalam menjawab persoalan berkenaan.
Katanya, penyanyi ini langsung tidak terfikir tohmahan yang dilemparkan terhadapnya itu akan menjadi penghalang untuk dia terus komited dalam kariernya dan terus berkarya.
Orang akan cuba gosipkan kita dengan perkara yang kita tak pernah buat dan tidak terfikir boleh keluar. Saya ambilnya (dengan redha) selagi ibu bapa saya tahu saya siapa, saya tahu saya siapa!” katanya.
https://www.facebook.com/watch/?v=291857102322233
“Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab”
Korang mungkin tertanya-tanya siapa VIP ternama yang pernah digosipkan bersama Ziana Zain bukan? Menerusi Facebook rasmi bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak seakan-akan memberi hint akan isu tersebut yang mungkin mempunyai kaitan dengan dirinya.
Menurut Najib, tohmahan yang dilemparkan oleh blog-blog propaganda sebelum ini ternyata salah sama sekali mengenai dirinya dengan penyanyi tersebut.
Semuanya kisah lama. Mujurlah dah dijelaskan kedua-dua pihak.