in

“Ya ampun dari Erra ke Bella…” – Gosip Cinta Nabila & Engku Emran Kini Sudah Jadi Sebutan Di Negara Seberang?

Indonesia Bella

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru saja kecoh isu gosip cinta kakak kepada Neelofa, Noor Nabila, 37 dengan Engku Emran, 46 semalam, berita ini katanya sudah sampai ke negara seberang iaitu Indonesia!


Seperti yang semua sedia maklum, Engku Emran sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella jadi wajarlah berita mengenai hubungan Engku Emran dan Nabila ini menjadi tumpuan netizen di sana.

Perkara ini menjadi heboh sehinggakan tular di TikTok seorang netizen Indonesia memuat naik video mengenai spekulasi kononnya Engku Emran dan Nabila sudah menjalinkan pertunangan. Fuh! 

@adnan_ri

engku emran/mantan suami laudya cynthia bella di khabarkan bertunangan #viral #gosip #tiktoktaiment #masukberanda #biasalah #fyp #fouryourpage

♬ original sound – Aris munawaldi aja – Aris munawaldi aja

Menerusi video tersebut juga sempat dinyatakan spekulasi yang menyebut Engku Emran ada menaruh hati kepada wanita lain walaupun Bella tidak pernah mengungkap sebab yang menjuruskan kepada penceraian pasangan itu.

Sebab perceraian Laudya Cynthia Bella dengan Engku Emran pada tahun lalu tidak pernah diungkap sebabnya.

“Tapi isu Emran menaruh hati pada wanita lain santer beredar (beredar secara meluas),” tulis kapsyen pada video tersebut.

@adnan_ri

Mantan Suami Laudya cynthia bella, bertunangan #biasalah #masukberanda #tiktoktaiment #gosip #artis #fouryourpage #fyp #malaysia #bellaengkuemran

♬ mungkin hari ini esok atau nanti – anneth

 

“Mungkin dia bukan yang terbaik buat kamu” 

Rata-rata netizen Indonesia ternyata terkejut menerima berita tersebut dan ada juga yang membuat konklusi mengatakan Engku Emran bukanlah lelaki yang sesuai untuk Bella. Ramai yang mendoakan semoga Bella juga bertemu dengan lelaki yang baik selepas ini.

Kaka Bella

Buat masa ini, sama ada Nabila atau Engku Emran masing-masing masih mengunci mulut mengenai gosip yang berlegar mengenai mereka berdua.

Sama-sama kita nantikan kenyataan dari mereka nanti. 

Baca: “Tengok-tengok dorang nikah dulu” – Sering Bersama Ke Majlis Keluarga, Noor Nabila Didakwa Dah Bertunang Dengan Engku Emran?

Collage 14

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.