in

Penyanyi Legenda Malaysia Ziana Zain Bakal Bergelar Datuk

Syaz Ft 2026 08 24T131256.188

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi legenda tanah air, Siti Roziana Zain atau lebih mesra disapa Ziana Zain, melakar sejarah peribadi apabila dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Pengiktirafan tersebut diberikan sempena Ulang Tahun Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam, pada hari ini.


Penyanyi yang popular dengan lagu-lagu ‘berhantu’ seperti Puncak Kasih dan Madah Berhelah itu mendahului senarai penggiat seni tempatan yang menerima pingat kebesaran negeri pada tahun ini.

Artikel berkaitan: “Buat kerja ikhlas nak” – Ziana Zain Tak Tahan Air Mata Teringatkan Arwah Pak Zain

Artikel berkaitan: SPRM Tak Beku Akaun Bank Ziana Zain & Datuk Jalaluddin, Terima Bayaran Antara RM150K-RM400K

Clipboard3 Horz

3 Dekad Menabur Bakat Dalam Industri Seni

Penganugerahan gelaran Datuk ini dianggap sebagai penutup tirai yang manis serta pengiktirafan tertinggi buat bakat dan sumbangan anak kelahiran Merlimau, Melaka ini yang telah bertapak lebih tiga dekad dalam industri muzik dan perfileman negara.

Sepanjang penglibatannya sebagai penggiat seni, Ziana bukan sahaja mengharumkan nama negara menerusi pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa, malah kekal konsisten sebagai ikon hiburan yang dihormati ramai.

Selain Ziana Zain, seramai 188 penerima lain turut dianugerahkan darjah DPSM, antaranya Pengarang Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian TV Media Prima, Datuk Azhari Muhiddin dan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ashwad Ismail.

Barisan Penerima Anugerah Kebesaran Negeri

Istiadat penganugerahan tahun ini didahului oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek yang menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) membawa gelaran Datuk Seri.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh memaklumkan bahawa secara keseluruhannya, seramai 1,328 individu menerima Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bagi tahun 2026.

Istiadat penganugerahan berkenaan dijalankan secara berperingkat menerusi tiga sesi bermula hari ini dan disusuli sesi seterusnya pada Rabu nanti.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.