in

“Pergi ‘mengampu’ orang lain” – Bro Saddiq ‘Maintain Chill’ Walau Disindir TMJ

Saddidvstmj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menyampaikan ucapan Happy Birthday di media sosial adalah perkara common yang mana-mana orang selalu buat. Tak ada salah kalau korang sampaikan ucapan birthday dan doa yang baik-baik kepada mereka yang terbabit secara public di media sosial.


Tapi baru-baru ni, tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengucapkan ucapan hari lahir kepada kerabat diraja Johor di Twitter nampaknya mendapat kecaman hebat.

 

“Buat apa yang kamu nak… jangan ganggu keluarga saya dan pergi ‘mengampu’ orang lain” 

Menerusi posting Twitter Syed Saddiq pada 25 Disember lepas, beliau telah memuat naik ucapan hari lahir buat Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim yang ke 31 dan mendoakan kesejahteraan adik kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ) tersebut serta keluarganya.

Walau bagaimanapun, tak sangka pulak ucapan Bro Saddiq kita ni mendapat perhatian TMJ yang memberi reaksi yang agak ‘berbeza’ beberapa jam kemudian. Aik? Kenapa pulak ni…

Dvwq2 Lvsaahlrk
sumber: twitter

Tolonglah… buat apa yang kamu nak. Cuma jangan ganggu keluarga saya dan pergi mengampu orang lain,” tulis TMJ.

 

“Takut masuk jail. Maklum lah. Orang-orang besar semua” 

Pun begitu, tweet TMJ tersebut telah dipadam dan bila netizen menyoal mengapa beliau bertindak demikian, TMJ hanya berseloroh yang dia takut dimasukkan ke penjara. Sempat jugak TMJ menyindir ye!

https://twitter.com/HRHJohorII/status/1076768058574757888

https://twitter.com/HRHJohorII/status/1077154034585239552

 

“Wish birthday pun salah? Benarlah orang cakap matang bukan terletak pada umur” 

Tweet daripada TMJ dan Syed Saddiq telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengecam tindakan Tunku Ismail itu. Ada yang kata TMJ kurang matang handle perkara macam ni. Tapi ada jugak yang menyokong sebab katanya, kalau orang yang korang benci wish birthday… korang suka tak? Pening admin… 

Sadiq
sumber: twitter

 

“Doa saya saya sentiasa bersama Tunku dan keluarga” 

Kalau korang ingat Syed Saddiq akan melenting dengan tweet dan balasan yang diterima dari TMJ, korang ternyata salah. Saddiq dengan tenang membalas,

Eloklah hal ni jangan dipanjangkan. Tunjukkanlah nilai yang baik kepada rakyat semua. 

Baca: “Sama ada anda berkhayal atau taksub?” – TMJ Perli Siapa Tu?

Tmj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.