in

“Sama ada anda berkhayal atau taksub?” – TMJ Perli Siapa Tu?

Tmj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tweet yang datang dari Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam menjadi tanya tanya ramai netizen. Kenapa tuuu?


Persoalan netizen bermula sebab baginda dikatakan tidak menyatakan dengan khusus siapa yang dimaksudkan tapi ramai mula meneka bahawa ianya ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Rahman.

“Kamu berkhayal atau taksub. Kamu dalam perut mak lagi masa itu, budak. Buat kajian sikit.”

Tmj
sumber: twitter

Orang yang pentingkan kesempurnaan. Sama ada kamu berkhayal atau taksub. Kamu dalam perut mak lagi masa itu, budak. Buat kajian sikit.”

Menurut Malaysiakini, sebuah portal berita membuat andaian dan tafsiran bahawa tweet tu merujuk kepada Bro Saddiq. Difahamkan, menteri muda tu ada tweet gambarnya bersama Tun Mahathir semalam.

Tun M, the perfectionist.”

Syed Tun
sumber: twitter

Bersama tweet tu, Bro Saddiq juga ada kongsi kisah di sebalik ucapan Perdana Menteri Malaysia di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ni.

“Saya tak faham dengan sikap cemburu oleh sesetengah orang yang cuba untuk menjatuhkan Tun M dengan mendakwa ucapan beliau di United Nations General Assembly tidak ditulis sendiri dan hanya disediakan (oleh pihak lain).”

Saya pernah bekerja dengan Tun M dan sepanjang pengalaman saya, he is the master of his own work.”

Syed 1
sumber: twitter
Syed 2
sumber: twitter

Beliau tulis ucapannya sendiri, beliau tulis blog sendiri, malah beliau buat kerja penyelidikan sendiri.”

Bro Saqqid juga menyifatkan pengalamannya bekerja dengan Tun M sesuatu yang sangat mencabar tetapi berharga dan banyak mengajarnya.

Syed 3
sumber: twitter

Saya hanya berharap dapat menjadi sepertinya suatu hari nanti, inshaAllah.”

Korang rasa TMJ perli sape tuuuuu?

Baca: TMJ Sindir Tun M?

Sindir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.