Pergi Mekah Bersama, Usahawan Muda Ini Kekasih Baru Elfira Loy?

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



.Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi dengan rasminya telah memutuskan tali pertunangan yang diikat pada tahun lalu. Sejak hal ini hangat diperkatakan, pelbagai persoalan timbul tentang punca sebenar hubungan mereka gagal.

Terbaru, menurut mStar, seorang lelaki yang merupakan usahawan telah memuat naik gambar bersama Elfira dan adiknya, Ezlisa Loy. Sudah semestinya ia menimbulkan persoalan baru mengatakan lelaki berkenaan merupakan cinta hati baru pelakon berusia 24 tahun itu.

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Melalui akaun Instagram Asyraff Mazlan dan instastory Elfira, mereka berdua telah pergi menunaikan umrah bersama-sama pada awal tahun ini dan ibu Elfira juga sudah mengenali lelaki ini.

Sumber: mStar
Sumber: mStar
Sumber: Instagram

Lebih menguatkan lagi andaian orang ramai ini apabila Asyraff sebelum ini pernah memuat naik gambar bersama Elfira iaitu pada tahun 2014. Sejak cerita ini terbongkar, Elfira belum lagi mengeluarkan kenyataan bagi menjawab persoalan ini, tetapi Asyraff difahamkan telah menukarkan mode akaun Instagram miliknya kepada private.

Sumber: Rotikaya

Apa-apa pun kita tunggu respon Elfira….

Baca: Sufian Tidak Mampu Sediakan Wang Hantaran Jadi Punca Putus Tunang Dengan Elfira?

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.