in

Sufian Tidak Mampu Sediakan Wang Hantaran Jadi Punca Putus Tunang Dengan Elfira?

Ggggk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari sudah berlalu, namun isu putus tunang antara penyanyi lagu Terakhir dan pelakon yang terkenal dengan drama Qalesya ini masih diperkatakan hingga kini. Meskipun dua hari lepas, bapa Elfira telah memberi kenyataan akan pemulangan cincin tunang mengikut adat sebagai tanda pemutusan hubungan tersebut, netizen seperti tidak puas hati selagi tidak mengetahui sebab disebalik perkara ini berlaku.


Elfiraloy Engaged 2
sumber: elle

Bagaikan penyiasat Conan, seorang pengguna media sosial baru-baru ini telah meninggalkan komen di Instagram sebuah portal berita dengan mendakwa isu kewangan dan kegagalan Sufian menyediakan wang hantaran seperti diminta keluarga Elfira menjadi keretakan hubungan mereka, lapor mStar.

Menambahkan pedas di dalam cerita, netizen dengan nama @rayazman123 ini berkata, maklumat tersebut diperolehinya dari seorang kawan yang dipercayai kenalan keluarga Elfira.

Mak El tak nak bermenantukan orang tak berduit. Takut anak dia susah nanti walaupun Sufian ada master. Sufian tak boleh sediakan wang hantaran yang diminta oleh mak El bulan 3 ni.”

Els
sumber: instagram

Malah tambah @rayazman123 juga, perkara tersebut adalah rahsia di antara keluarga tetapi di ruang Facebook ada seorang kawan kepada ahli keluarga Elfira telah pecahkan rahsia berkenaan. Namun tidak dinyatakan pula berapa jumlah hantaran tersebut dan netizen itu bersimpati dengan nasib Sufian yang masih belajar serta tidak mampu membayar hantaran yang tinggi. Aduhai! 

Ray 3
sumber: instagram

Pun begitu, kenyataan netizen tersebut disangkal netizen yang lain kerana meragui kesahihannya. Malah dalam pada masa yang sama, Sufian telah mengeluarkan kenyataan supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi merapu mengenai hal tersebut.

“Saya nak pesan sedikit kepada semua orang (netizen), hentikan segala spekulasi. Ini bukan perkara yang mudah untuk kami semua hadapi. Biarlah hanya kami berdua dan keluarga sahaja yang tahu,” kata Sufian di Utusan Online.

Sufian1
sumber: bh

Walau bagaimanapun, Elfira sehingga setakat ini masih belum memberi kenyataan berhubung dakwaan itu.

Sudah-sudahlah menambah garam ke luka mereka. Lebih baik kita doakan Sufian dan Elfira terus bertabah dan masing-masing temui pasangan yang terbaik selepas ini. 

Baca: “Kena ada kekuatan nak ucap selamat tinggal…” – Hubungan Sufian dan Elfira Sudah Berakhir?

Sufian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.