in

“Pentingnya double-checking” – Dah Mohon 60 Kerja Tapi Tak Dapat Jawapan, Lepas 6 Tahun Baru Sedar Rupanya…

Period Tracker

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Laman web dan aplikasi pencarian kerja seperti LinkedIn dan JobStreet sudah menjadi lubuk tumpuan para graduan dan mana-mana individu yang mahu mencari kerja. Di laman web ini, korang selalunya akan diminta untuk memuat naik salinan resume untuk panduan bakal majikan kerjaya yang korang mohon.


D19D5Sz0Wkl0Lu.cloudfront
Gambar hiasan

Seorang wanita ini juga berbuat demikian semasa dia nak memohon pekerjaan enam tahun lalu ketika dia baru berusia 17 tahun. Walaupun begitu, setelah kira-kira 60 pekerjaan dimohon di pelbagai syarikat berbeza, wanita ini pelik kenapa satu pun panggilan ataupun balasan emel yang diterima memberitahu sama ada dia dipanggil untuk temu duga atau permohonannya ditolak. Macam kena ghosted gitu

Memetik laporan Mirror, pada mulanya, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Ashleigh Keenan menganggap dirinya hanya tak bertuah kerana dia langsung tak terima apa-apa panggilan dari mana-mana syarikat yang dimohon.

Pun begitu, enam tahun kemudian, ketika berusia 23 tahun, Keenan tergerak hati nak periksa kenapa dia tak dapat langsung panggilan. Jadi, dia pun log in balik ke laman web mencari kerja yang pernah digunakan dulu.

Check punya check, sekali…

65C55A952Bc76B11Bf0A7625668A2Cff E1642914723745
Gambar hiasan

Berkongsi kisahnya di laman sosial Twitter, Keenan yang akhirnya tergerak hati untuk memeriksa permohonan lamanya enam tahun lalu terkejut dan hanya mampu tepuk dahi bila dapat tahu sebab dia langsung tak dapat apa-apa balasan emel adalah kerana dia tersalah hantar period tracker miliknya dan bukanlah resume seperti yang disangkakan.

Jelas Keenan, dia berkata mungkin semasa zaman remajanya dia terlalu bersemangat mahu bekerja lalu cuba untuk menghantar banyak permohonan kerja sekali gus. Tapi, bukan resume yang dihantarnya tetapi period tracker wanita itu sendiri.

Rupanya salah hantar attachment ni benda selalu sangat terjadi

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian Keenan itu telah mendapat perhatian pengguna laman sosial. Rata-ratanya menyifatkan insiden itu lucu. Malah, ada juga yang boleh relate dengan kesalahan yang pernah dibuat Keenan ni.

“Saya pernah hantar resume tapi terlupa edit gambar yang dihantar dan terhantar sekali gambar saya berpakaian kurang sopan,” komen netizen.

“Saya pernah terhantar lirik lagu Hurt nyanyian Johnny Cash masa mohon kerja dan bukannya resume,” tulis netizen lain pula.

Oops Istock 484016185 E1642914811167
Gambar hiasan

Dalam pada itu, perkongsian Keenan turut mendapat perhatian beberapa job recruiters yang mendedahkan perkara seperti ini sebenarnya sangat kerap terjadi dan kebanyakan orang tak double check attachment sebelum dihantar.

“Sebagai seorang job recruiter, saya nak tekankan sangatlah penting untuk check balik attachment. Saya pernah terima macam-macam attachment pelik seperti gambar bogel, gambar passport dan sijil kematian,” katanya.

Untuk pengetahuan, Keenan yang berasal dari Dublin, Ireland, kini berusia 23 tahun dan bekerja sebagai pengurus akaun.

Sumber: Mirror

Baca: “I’m not interested” – Mohon Kerja Masa 2013, Wanita Kena ‘Reject’ Dengan ‘Recruiter’ 8 Tahun Kemudian

F2 Linkedin Rejection Message E1642910364453

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.