in

“I’m not interested” – Mohon Kerja Masa 2013, Wanita Kena ‘Reject’ Dengan ‘Recruiter’ 8 Tahun Kemudian

F2 Linkedin Rejection Message E1642910364453

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Platform LinkedIn sememangnya menjadi lubuk graduan muda untuk mencari kerja kosong dan untuk berhubung dengan golongan professional dalam setiap bidang pekerjaan.

Namun, dengan ribuan permohonan yang diterima oleh majikan di platform ini saban hari, kadang-kala bukan mudah untuk kita mendapat pekerjaan di LinkedIn ni. Nampaknya itu lah yang terjadi kepada seorang wanita yang berusia 39 tahun ini.


Scott Graham Oqmzwnd3Thu Unsplash 1
Gambar sekadar hiasan

Walau bagaimanapun, apa yang menarik tentang kisah mencari kerja wanita ini ialah dia hanya mendapat jawapan balas bahawa permohonannya ditolak daripada recruiter lapan tahun selepas dia memohon kerja itu. Lamanya! 

Menurut Mirror, wanita yang dikenali sebagai Zoe Johnson itu pernah memohon kerja melalui LinkedIn pada tahun 2013 namun pada ketika itu dia tak pernah mendapat jawapan sama ada permohonan ditolak atau diterima.

Tiba-tiba, baru-baru ini dia telah menerima mesej daripada individu berkenaan di platform sama yang berbunyi seperti berikut,

Hai Zoe, terima kasih atas mesej anda. Namun saya tidak berminat. Terima kasih,” katanya.

Difahamkan, dia pada ketika itu telah memohon kerja sebagai pembantu pengajar berdekatan rumahnya di Canterbury, Kent, England.

Linkedin Reject 2

 

Zoe yang kini telah berjaya memulakan bisnes sendiri berasa agak pelik namun tetap terhibur dengan jawapan balas recruiter itu sebab benda tu dah terlalu lama.

Kita husnuzon je lah, mungkin recruiter tu tersilap nampak tarikh kot. 

Sumber: Mirror 

Baca: Kajian Dapati Mereka Yang Cantik & Kacak Lebih Mudah Ditawarkan Kerja 

Linkedin Reject 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.