in

“Pengsan dua jam, sebelum meninggal dunia”- Wanita Ini Kongsikan ‘Tragedi Maut Home Birth’ Golongan Ibu Bersalin di Rumah

Dd 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam dunia yang serba moden ini, pelbagai maklumat dan informasi boleh kita perolehi hanya di hujung jari.


Namun tidak semuanya boleh dipercayai lebih-lebih lagi apabila maklumat tersebut berkaitan dengan kesihatan tubuh badan sesorang.

Tapi apakan daya, ada sesetengah pihak yang mudah percaya dan taksub dengan perkongsian di laman sosial walaupun sedar akan kesan ‘akhirnya’.

Seperti kisah yang dikongsikan Lily Mk, mengenai seorang ibu yang terpengaruh dengan perkongsian-perkongsian indah tentang ‘home birth’ sebelum wanita itu mencuba sendiri namun akhirnya meninggal dunia akibat pendarahan teruk.

 

D3

Katanya tujuan utama posting itu adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai akan kesan buruk ‘home birth’ berdasarkan kisah yang dikongsikannya.

Malah dia juga ada berkongsikan beberapa kisah yang dikongsikan kepadanya oleh rakan-rakan facebooknya.

Kisah pertama mengenai seorang wanita didapati terkulai layu ketika bersalin di rumah. Suami yang melihat kejadian itu terus menghubungi ambulans sebelum pihak hospital sahkan mangsa meninggal dunia selepas bersalin.

Dalam perkongsian yang sama, satu lagi kes yang melibatkan ibu meninggal dunia ketika bersalin di rumah.

Dipercayai ibu tersebut sudah pengsan hampir dua jam selepaas melahirkan anak kerana pendarahan yang teruk.

D 7

 

Pertikai kredibiliti doktor dan beri testimoni yang mempengaruhi orang ramai

Melalui perkongsian itu, dia turut menunjukkan beberapa posting di Facebook yang menafikan kredibiliti doktor serta mengemukakan bukti yang tidak sahih tentang rawatan bersalin.

Apa yang menyedihkan lagi, terdapat juga pihak yang memberi testimoni pengalaman mereka bersalin di rumah dengan selamat dan berjaya. Mereka mendakwa melahirkan anak di rumah lebih selesa.

D1 5 D2 4

 

Mungkin kes ini masih belum menjadi perhatian umum, namun pencegahan awal perlu di ambil agar kejadian ini tidak berulang dan mempengaruhi lebih ramai ibu di luar sana.

 

Baca: Wanita Bersalin Sendiri Depan Rumah Sebab Bidan Malas Nak Tolong, Suruh Suami Bayar RM235

D5

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.