in

“Hati saya robek lihat jenazah baby dan mak” – Gara-gara Tiada Duit Nak Bersalin di Hospital, Ibu & Anak Warga Asing Meninggal Dunia

Maut Hospital

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Soal sakit pening dan tambah-tambah pula ibu yang hendak melahirkan anak ni, seelok-eloknya pergilah ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Tak kiralah korang ada duit atau tidak, bab hidup dan mati ni jangan dibuat main!


Namun semuanya sudah terlambat buat seorang ibu dan bayi yang baru dilahirkannya apabila mereka maut kerana si ibu memilih untuk melahirkan anak di rumah gara-gara tiada wang. Allah… 

 

“Wahai orang seberang… jangan takut, jangan khuatir… pergi bersalin di hospital” 

Menerusi perkongsian Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang di Facebook, pagi ini dia dikejutkan dengan berita seorang ibu dan anaknya meninggal dunia akibat bersalin di rumah gara-gara mereka tiada duit nak ke hospital. 

Menurut Kuan, keluarga tersebut merupakan warga asing yang tinggal di Malaysia dan si suami hanya bekerja sebagai seorang welder dengan gaji tak seberapa.

Bukan suaminya tak nak bawa ke hospital, tapi mereka takut tiada wang yang cukup untuk dirawat di sana. Sedihnya…  

HATI SAYA ROBEK….MELIHAT JENAZAH BABY DAN MAK KAKU ….. HANYA KERANA TIADA DUIT UNTUK BERSALIN DI HOSPITAL…. ….

Posted by Kuan Chee Heng on Tuesday, March 3, 2020

 

“Kerajaan kita tak kejam, bawa dulu isteri ke hospital untuk dapatkan rawatan” 

Menurut Malaysia Gazette, Kuan ditemubual wartawan menasihatkan warga asing, sama ada tiada wang atau permit untuk segera ke hospital bila berhadapan dengan situasi begitu.

Mgf07012018 Interview Uncle Kentang 08

Tambahnya, ramai warga asing terutama yang tak mempunyai dokumen perjalanan yang sah takut untuk ke hospital kerajaan untuk melahirkan anak apatah lagi bila ada masalah kewangan.

“Kerajaan kita tidak kejam, bawa dulu isteri ke hospital untuk mendapatkan rawatan, bab lain seperti pasport dan wang jangan difikirkan dahulu, nyawa lebih penting daripada segala-galanya,” kata Kuan.

Walau bagaimanapun, pihaknya telah menghubungi polis berkaitan hal ini dan pihak polis telah membawa kedua-dua jenazah ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Al fatihah buat ibu dan anak ini… semoga perkara macam ni tak berlaku lagi. 

Baca: Tak Ada Duit Nak Sewa Van Jenazah, Pasangan Nekad Bawa Bayi Meninggal Balik Naik Bas Ekspres Tapi

Jenazah

Sumber: Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.