in

Wanita Bersalin Sendiri Depan Rumah Sebab Bidan Malas Nak Tolong, Suruh Suami Bayar RM235

Bidan3

Seorang wanita dari Indonesia berusia 25 tahun terpaksa bersalin sendiri dihadapan rumah bidan gara-gara bidan tersebut enggan keluar rumah untuk bantu wanita tersebut.

Suaminya yang dikenali sebagai Zainuri mengatakan keadaan isterinya pada masa itu sudah berada ketahap kesakitan.

 

Bersalin di hadapan tontonan jiran tetangga

Bidan

Disebabkan itu Zainuri akhirnya terpaksa menghubungi keluarganya untuk datang membantu isterinya.

Lapor Tribun, ketika kejadian, jiran tetangga keluar kerana terdengar isterinya teriak kesakitan, akhirnya isterinya bersalin sendiri ditengah khalayak orang ramai

Lepas dah melahirkan anak, barulah bidan tersebut keluar rumah dengan alat perlindungan diri lengkap (PPE).

Waktu itu barulah bidan menyuruh pasangan ini masuk kerumah untuk mendapatkan rawatan susulan.

“Kami langsung diarahkan masuk ke dalam rumah, kemudian anak dan istri saya dibersihkan. Setelah dibersihkan, anak saya diletakkan di inkubator selama kurang lebih lima belas menit,”. Zainuri

Bidan2

Mujurlah anaknya lahir dengan normal, mereka melahirkan anak perempuan. Namun begitu, Zainuri menceritakan yang bidan tersebut meminta bayaran sebanyak Rp800.000 (RM235) sebagai kos rawatan.

Difahamkan, sumber melaporkan bahawa isterinya mengalami pendarahan pada keesokan harinya dan Zainuri menggunakan khidmat bidan orang lain untuk merawat isterinya kerana bimbang kejadian yang sama berlaku kepada isterinya jika menggunakan khidmat bidan yang sama.

Kes ini mendapat perhatian satu badan persatuan untuk bidan-bidan di negara tersebut, Ikatan Bidan Indonesia (IBI).

IBI menyifatkan sikap bidan itu telah menyalahi kod profesion perbinanan. Disebabkan itu, perkhidmatan perbidanannya telah digantung selama 3 bulan.

 

Baca : “Jadi bidan Ibu sendiri” – Remaja Lelaki Ini Sanggup Sambut Kelahiran Adik Dari Rahim Ibunya

Ibu 1

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube