in

Anjing Jantan Mati Sebab Pendarahan Teruk & Luka Dalaman Kerana Dirogol 4 Lelaki

Anjing Kena Rogol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa masalah manusia zaman sekarang niiii.


Baru-baru ni, seekor anjing jantan telah dirogol beramai-ramai oleh empat lelaki di Mumbai, India. Menurut Mirror News, berita mengejutkan tu dikongsi oleh organisasi bukan kerajaan di Facebook page. Mereka telah membawa anjing malang tu ke klinik haiwan untuk rawatan.

Anjing 1 1

Anjing 2 1
sumber: facebook

Seorang penduduk tempatan, Sudha Fernandes telah menjumpai anjing tersebut terbaring berlumuran darah dengan kemaluannya yang dah hancur, lapor India Times. Sudha sering beri makan kepada anjing-anjing di kawasan tu dan dia jugalah yang jumpa anjing tersebut dalam keadaan menyedihkan.

Difahamkan, ada pemandu auto beritahu Sudha bahawa 4 lelaki dibawah pengaruh dadah telah mendera anjing tu secara seksual. Pemandu tu juga beritahu Sudha yang kaki anjing tersebut telah diikat dengan sangat ketat dan dicekik ketika sedang dirogol.

Anjing 4

Anjing 3
sumber: facebook

Menurut kenyataan daripada organisasi tersebut, anjing tu mengalami pendarahan teruk dan luka dalaman. Doktor yang merawat beritahu yang kemaluannya juga hancur disebabkan perlakuan yang kejam.

Dikhabarkan, laporan polis telah dibuat dan ramai sukarelawan daripada organisasi kini sedang mencari kesemua perogol tu.

Anjing 5
sumber: facebook

Malangnya, dalam satu post terkini, mereka memaklumkan bahawa anjing tersebut telah pun mati ketika sedang tidur akibat kecederaan dialaminya. 

Weh, harap sukarelawan atau polis dapat jumpa semua perogol tu! Kejam gila nak matiiiii!

Baca: Jijik! Kambing Bunting Mati Kena Rogol Lapan Lelaki

Page 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.