in

Pengarah HKL Akhirnya Tampil Respon Isu ‘Not My Problem’ Dari Ahli Farmasi

Ft Pengarah Hkl Beri Respon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berhubung dengan tular isu sikap tidak profesional ahli farmasi dari Hospital Kuala Lumpur sejak 2 hari lalu, pihak HKL hari ini telah tampil memberikan keterangan.



Boleh baca disini untuk cerita selanjutnya.

Peka dengan insiden tersebut, Pengarah HKL menerusi dalam satu kenyataan menyatakan bahawa terdapat kekeliruan antara pengadu dengan pegawai yang bertugas.

Mengenai sistem MyUbat

Menurut HKL, perkhidmatan Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat bagi Sistem Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (MyUBAT) tidak dapat dilaksanakan berikutan dengan masalah stok bekalan yang terhad bagi jenis ubat yang diminta pengadu.

Oleh itu, bagi melaksanakan aplikasi MyUbat dan penghantaran melalui pos memerlukan masa pembungkusan 2 minggu lebih awal daripada tarikah pesakit menerima ubat tersebut sebelum boleh dilaksanakan seperti biasa jika stok bekalan ubat kembali normal.

 

Ahli Farmasi berdepan tindakan

Menjawab isu sikap ahli farmasi dari hospital tersebut, HKL menyatakan bahawa pihaknya telah mengenalpasti kakitangan berkenaan dan tindakan sewajarnya akan diambil agar insiden tersebut tidak berulang.

271597972 10220757899369633 249068459654633203 N 1

Tambah HKL, pihaknya juga akan mengambil tindakan untuk penambahbaikan di semua kaunter perkhidmatan yang disediakan.

 

Baca : “Not my problem” – Ahli Farmasi HKL Didakwa Biadap, Lelaki ‘Report’ KKM Baru Gelabah

Collage 19

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.