in

“Not my problem” – Ahli Farmasi HKL Didakwa Biadap, Lelaki ‘Report’ KKM Baru Gelabah

Collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi memudahkan urusan pesakit dan ahli farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah membangunkan Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat bagi Sistem Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (MyUBAT) bermula April tahun lalu.


Melalui perkhidmatan ini, pesakit boleh memilih untuk mengambil ubat melalui temujanji atau melalui pos.

Namun baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Syafarizal Sharif telah kongsikan pengalamannya ketika dia berurusan dengan ahli farmasi di Hospital Kuala Lumpur yang didakwa biadap.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak biadap menjawablah kau kat KKM.”

“Not my problem”

271597972 10220757899369633 249068459654633203 N

Menurut Syafarizal, dia telah pergi ke farmasi HKL pada 10 Januari lalu dan mendakwa dia diminta untuk mengambil ubat setiap dua minggu sehingga bulan Jun.

Disebabkan lelaki ini tinggal di Sungai Buloh, dia telah meminta ahli farmasi di sana untuk menghantar ubat di rumah melalui MyUbat seperti sebelum ini.

Namun, ahli farmasi yang bertugas didakwa telah memberitahu bahawa Syafarizal tak boleh menggunakan MyUbat dan perlu datang ke HKL untuk mengambil ubat.

Bila Syafarizal memberitahu tentang keadaan dirinya yang mengalami sakit kronik dan boleh memudaratkan jika terlepas mengambil ubat, ahli farmasi itu dikatakan enggan melayan permintaannya.

Saya: KKM kan baru launch MyUbat untuk mudahkan cara ambil ubat. Takan dah tak ada. Takkan lah saya kena ulang alik dari Sungai Buloh ke HKL setiap 2 minggu untuk ambil ubat. Tak ada cara lain ke untuk saya dapat ubat ni lagi pun kalau hantar guna MyUbat pun kos saya bayar COD. Bekalan ubat saya tak boleh putus kerana saya ada Allergic Anaphylaxis Type 1 dan senang kena Anaphylactic Shock jika bekalan ubat putus.

Pharmacist 1: NOT MY PROBLEM. (Sambil beredar dan bercakap sesama mereka kalau nak ubat gi lah kat hospital lain pulak.)

“Anything you cerita dengan KKM”

Bengang dilayan acuh tak acuh, Syafarizal telah bertindak untuk merakam perbualannya selepas itu dan turut mengambil nama ahli farmasi itu dan beritahunya yang dia akan membuat aduan kepada KKM dan pengarah HKL.

Setibanya di rumah, lelaki ini telah mendapat panggilan telefon dari HKL di mana seorang ahli farmasi lain telah menelefon dan meminta untuk berbincang serta memohon agar isu tersebut tak dipanjangkan ke KKM.

Tak cukup dengan itu, ahli farmasi yang menelefonnya turut menawarkan untuk menggunakan sistem MyUbat dan mahu menghantar ubat tersebut ke rumahnya.

Saya: Tadi kata MyUbat tak ada lagi apasal kata ada pulak. Sorry lah anything you talk to KKM, NOT MY PROBLEM anymore.

Pharmacist 2: Perkara ni boleh discuss. Kami boleh settle. Tak perlu repot ke KKM.

Saya: NOT MY PROBLEM also. Anything you cerita kat KKM. Dah berapa ramai pesakit you buat macam ni, dah berapa ramai pesakit mati kerana you potong ubat yg Doctor beri pada mereka? Kalau saya kena Anaphylactic Shock nanti sebab tiada ubat nanti you tahulah tindakan undang-undang kat you!

Untuk pengetahuan korang, posting lelaki ini telah pun tular dan mendapat sebanyak lebih 5,000 perkongsian. Rata-rata netizen memuji tindakan tegas lelaki ini terhadap ahli farmasi tersebut.

Screenshot 2022 01 12 At 12.49.24 Pm Down

Tak ramai orang yang berani untuk buat macam apa yang Syafarizal ni buat, harapnya KKM boleh siasat dan ambil tindakan sekiranya perkara seperti ini betul-betul berlaku supaya ia tak berulang dekat pesakit lain.

 

Baca: Viral Foto Tak Jaga SOP, KKM Arahkan Kaunter Diskaun Saman Ditutup

Screenshot 2022 01 12 At 12.57.02 Pm

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.