in

Lebih 7 Jam Di Bilik Bedah, Tangan Kanan Pemenang Pingat Sukan Komanwel Gagal Diselamatkan

Syaz Ft 80

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Atlet angkat berat kebangsaan yang juga pemenang pingat Sukan Komanwel, Muhammad Hafizuddin Roslin dilaporkan telah selesai menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi, namun tangan kanannya gagal diselamatkan dan terpaksa dipotong.

Perkembangan menyedihkan itu disahkan oleh Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat yang menjelaskan bahawa keputusan memotong anggota badan atlet berusia 22 tahun berkenaan dilakukan atas nasihat pakar perubatan demi menyelamatkan nyawanya.


Images 8

Artikel berkaitan: Pengurus Pasukan Angkat Berat Letak Jawatan Selepas Dikritik Berkenaan Pencapaian Aniq Kasdan

Artikel berkaitan: Atlet Uganda & Pakistan Hilang Selepas Sukan Komanwel, Polis Scotland Buka Siasatan

“Udin selesai menjalani pembedahan lebih tujuh jam tadi di HKL. Doktor cuba menyelamatkan tangannya. Tetapi tangan kanannya terpaksa dipotong paras atas siku yang mungkin mengancam nyawanya,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Hafizuddin yang mesra dengan panggilan Udin dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya melibatkan motosikal yang ditunggangnya di Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Insiden malang itu berlaku sekitar jam 11 malam semalam ketika atlet muda negara terbabit sedang dalam perjalanan dari arah Ampang menghala ke Bukit Jalil.

Atlet kelahiran Perlis itu meraih pingat emas kategori 88 kilogram lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 dengan jumlah angkatan keseluruhan 345 kilogram.

Kejayaan itu turut menyaksikan beliau mencipta rekod kebangsaan baharu acara snatch menerusi angkatan 162 kilogram, selain rekod baharu Sukan Komanwel dalam kategori berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.