in

“Yang itu, no comment” – Hadir di Majlis Nikah Neelofa, Datuk Seri Zulkifli Enggan Ulas Ketika Ditanya Tentang Pelanggaran SOP

Ft Lofa

Polis kini sedang menjalankan siasatan susulan tular gambar menunjukkan majlis pernikahan Neelofa dan Haris yang telah melanggar SOP. Melalui gambar-gambar dan video yang tular di internet, para tetamu dilihat duduk tanpa penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka sepanjang masa.

Terbaru, pengasas Reka Teemor, Faiz Sabari dan isterinya, Rozana Mumtaz yang merupakan pengurus acara serta pembantu peribadi Neelofa, Nadiah Khairuddin telah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pagi tadi bagi memberikan keterangan.

Pasangan suami isteri Reka Teemor itu sempat memberi komen ringkas kepada media selepas dilihat meninggalkan IPD Dang Wangi pada jam 1.40 petang.

Keterangan semua okay. Tiada apa nak cakap.”

Nadiah yang ditemani peguam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan. Begitu juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang turut enggan memberi komen ketika ditanya oleh wartawan.

Menurut Awani, ketika diminta memberi komen tentang majlis pernikahan Neelofa yang didakwa tidak mematuhi SOP, beliau yang turut hadir pada majlis tersebut bagaimanapun menjawab,

Yang itu, no comment. No comment.”

Lofa

Lofa3

Beliau berkata sedemikian dipercayai kerana kes itu masih dalam siasatan pihak polis, jadi tidak dapat memberikan komen lanjut sehingga semuanya selesai. Selain beliau, pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki juga dilihat hadir pada majlis yang berlangsung pada Sabtu lepas di hotel mewah Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Terdahulu, pihak polis menegaskan bahawa tidak ada pilih bulu atau double standard dalam pelaksanaan SOP dan tindakan sewajarnya akan diambil selepas kertas siasatan lengkap serta diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Baca: “Semua okey. Tiada apa nak cakap” – PA Neelofa & Pengasas Reka Teemor Beri Keterangan di IPD Dang Wangi

Langgar Sop Neelofa